Wednesday, June 6, 2012

Menyingkap Tirai Syukur: Lambang Syukur Sahabat

Salam sejahtera semua...

Paling tidak apa yang perlu kita fikirkan setiap hari adalah bagaimana untuk kita menyatakan rasa syukur kita kepada Allah SWT. 

Cuba kita kenangkan kisah para sahabat Rasulullah SAW. Pada asalnya mereka hidup dalam lapangan kehidupan jahiliah yang merosakkan fitrah manusia. Namun, setelah kedatangan Islam, mereka dapat menerima dan mengamalkan Islam sepenuh jiwa. 

Mereka sanggup bekorban apa sahaja termasuk nyawa demi mempertahankan nikmat Islam dan Iman yang Allah SWT kurniakan kepada mereka. Mereka sanggup meninggalkan amalan minum arak serta merta seusai wahyu pengharaman arak diturunkan kepada Rasulullah SAW. Ada yang sanggup keluar berperang menentang musuh Allah SWT, meskipun baru mengangkat nikah. Mereka sanggup berhijrah meninggalkan sanak saudara demi mendaulatkan Islam.

Semua ini hanyalah untuk menggambarkan betapa syukurnya mereka setelah mereka dianugerahkan nikmat Iman dan Islam. Waalahualam... 



No comments:

Post a Comment