Friday, June 1, 2012

Review Buku: Kisah Cinta Dalam Al-Quran

Assalamualaikum

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan membaca sebuah buku yang cukup berguna untuk anda yang sudah mendirikan rumah tangga atau belum.

Judul buku yang saya maksudkan adalah Kisah Cinta Dalam Al-Quran

Kisah Cinta Dalam Al-Quran  oleh Misbah Em Majidy  Harga: RM23.00/RM26.00  ISBN: 978-967-5249-00-6  Tarikh Terbit: November 2008  Jumlah Muka Surat: 238
Review Buku: Kisah Cinta Dalam Al-Quran


Buku ini mengandungi pengajaran yang cukup baik. Ia mengambil ibrah daripada kisah cinta Para Rasul.

Untuk merasai nikmat membaca buku ini, saya cadangkan anda baca sendiri. InsyaAllah ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh penulis.

Penulis buku ini bernama Misbah Em Majidy. Ia diterbitkan dalam tahun 2008 dengan harga RM23 sahaja.


Sedikit sinopsis buku Kisah Cinta Dalam Al-Quran.

Benarkah Imra’atun Aziz atau lebih dikenali sebagai Zulaikha masih perawan saat keinginannya meraih cinta pria berhati luhur seindah Yusuf a.s? Biarkan persoalan itu terpilin-pilin. Apa yang ingin dirungkai, cinta Zulaikha telah membawa Yusuf ke penjara dan membiarkan lelaki itu merasai nikmat tarbiah dari Tuhannya. Cinta Zulaikha membawa dirinya mengenal Pencipta keindahan Yusuf a.s. Bahkan cinta Zulaikha telah memandunya mentauhidkan Yang Esa.

Kisah cinta Sulaiman dan Balqis tidak kurang hebatnya.  Ratu dari kerajaan Saba’ dan rakyatnya penyembah suria, khabaran si Hud-Hud yang setia telah menyentap rasa Sulaiman yang diamanahkan sebagai rasul. Tugasnya sebagai penyeru, hidayah itu pastinya milik Allah. Balqis dan rakyatnya wajar diselamatkan akidah mereka. Melalui doa si alim, Ashif Ibn Barhiyan, mahligai si ratu diangkat dalam sekelip mata. Balqis akur dan bersuara lunak, “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam.” Cinta itu adalah suatu rasa yang sangat seni. Ia bisa lahir bila-bila dan sesiapa bisa mengalaminya. Apabila wujud tautan hati, maka berbungalah bahagia. Apalagi jika cinta itu suluhan dari al-Wadud.

Di dalam al-Quran dan Sirah Nabawi bukan sekadar berkisah tentang cinta di antara lelaki dan wanita, hamba dan pencipta, bahkan cinta sesama saudara, cinta manusia kepada keduniaan, keinginan manusia menjadi Tuhan dan cinta manusia sesama makhluk lain. Apa salahnya dengan cinta? Cinta itu mulia, demikian kata Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat. Beliau penggemar dan penikmat novel-novel cinta. Justeru, salahkan? Tidak sama sekali, kerana cinta bisa membawa manusia mengenal Pencipta. Tidak perlu merentas laut segara, tidak usah mendaki ke puncak gunung mencari hakikat cinta. Buku ini menawarkan segalanya. Cinta...dari makna paling dalam.




Jangan lupa membeli buku ini.

No comments:

Post a Comment