Assalamualaikum
Buku ini saya beli semasa saya buat praktikal di Politeknik Kota Kuala Terengganu. Saat saya membaca buku ini, terbit rasa sebak dijiwa kerana sentuhan pengarang yang menyetuh jiwa.
Baru-baru ini saya pergi ke kedai buku Hassani, saya dapati buku ini telah dijual tetapi dalam versi yang baru dan menarik.Boleh rujuk di sini
Mari kita baca buku ini.
Tajuk Buku : Bertemu Janji Allah
Karya : Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit : Anbakri Pablika Sdn Bhd
Terbitan : 2008
"Di sisi Islam, kejayaan manusia tidak diukur dari aspek penguasaan kehidupan dunia. Kejayaan hakiki bergantung kepada sejauh manakah manusia mampu berusaha menyingkap segala rahsia hidup yang abadi.
Hitam putih masa depan kehidupan akhirat seseorang adalah dicorakkan sendiri oleh pegangan hidup seseorang itu semasa di dunia. Allah SWT telah mendatangkan para rasulnya bersama wahyu sebagai panduan untuk umat manusia.
Kegagalan mengikut apa yang telah diperintahkan Allah SWT akan menempa azab dariNya.
Buku ini mengajak pembaca menelusuri jejak-jejak menuju mahsyar. Ia cukup menyentuh dan menyayatkan hati. Dengan mengikuti huraian tentang hari kiamat dan alam akhirat. Tok Guru cuba mendorong kita untuk menjadi mukmin yang lebih mencintai akhirat, justeru di sanalah hidup kita yang sebenar, dunia keabadian dalam pertemuan yang pasti di sisi Allah SWT.
..............................................................................................................

No comments:
Post a Comment