Suraya telah pun mendirikan rumah tangga bersama dengan pasangan hidupnya Radi selama dua tahun. Alhamdulillah dengan keizinNya, mereka dikurniakan seoarang cahaya mata yang begitu comel. Anak yang di baru lahir itu turut disayangi oleh ke dua-dua orang tua dan kedua-dua mentuanya.
Suraya bekerja sebagai guru tadika manakala suaminya Radi meruapakan seorang juru teknik di sebuah pejabat kerajaan. Mereka tinggal di sebuah rumah pangsa yang baru sahaja dibeli. Meskipun kehidupan mereka tidak dihiasi dengan kemewahan dan kekayaan, namun mereka berdua merasakan begitu bahagia.
Setiap bulan Suraya dan suaminya akan balik ke rumah kedua-dua belah pihak keluarga mereka. Pada suatu hari kedua ibu bapa Suraya datang berkunjung ke rumah Suraya.
"Bapak kesian dengan rumah kamu berdua ini. Tidur pun di atas toto sahaja. Kamu tidak mampu membeli katil ke? tanya bapa Suraya.
"Bukan kami tidak mahu membeli. Nanti kami belilah. Lagipun ada keperluan lain yang lebih utama untuk kami beli." jawab Suraya sambil matanya memandang ke arah suami.
Suami Suraya hanya terdiam sambil tersenyum.
"Sudah setahun kamu berdua berkahwin. Masih tidak mampu membeli katil dan tilam?" soalan tambahan oleh ibu Suraya pula.
Suraya diam hanya tersenyum. Dia kemudiannya mengubah topik perbincangan. Dalam terasa malu dengan soalan yang diajukan oleh kedua orang tuannya. Tetapi dia hanya mampu memendam rasa.
Isu katil dan tilam telah lama dibangkitkan kepada suaminya. Suaminya bukan mengahalang untuk membeli katil dan tilam. Sebaliknya, memberi alasan bahawa ada keperluan lain yang lebih utama untuk dibeli. Lagipun anak mereka masih kecil dan perkara yang membimbangkan Radi adalah keselamatan anak mereka.
Setelah kedua orang tuannya pulang. Isu katil dan tilam kembali dibincangkan bersama suami, meskipun sebelum ini Suraya bersetuju untuk tidak membeli dahulu. Tetapi, kali ini kehendak untuk membeli tilam dan katil lebih kuat dan dia sanggup mengambil risiko keselamatan anaknya. Ini kerana dia begitu yakin bahawa dia sentiasa berada disamping anaknya.
Oleh kerana Suraya tidak tahan menaggung malu dengan sindiran orang tuanya, dia meminta agar dibelikan juga tilam dan katil.Suaminya terdiam beberapa ketika setelah mendengar permintaan isterinya.
"Baiklah, malam ini juga abang pergi beli tilam dan katil itu." suaminya kembali bersuara. Suaminya pun bergegas mengambil kunci motosikal dan keluar daripada rumah. Sebelum keluar, dia meminta isterinya mengosongkan bilik untuk diletakkan katil.
Beberapa jam kemudian suaminya pun pulang bersama dengan sebuah lori perabot yang mengekori dari belakang. Suraya begitu gembira dan teruja kerana mendapat sebuah katil dan tilam yang baru.
Katil yang baru dibeli itu hanya selesa untuk tidur dua orang sahaja. Malam itu, Suraya bersama anaknya tidur di atas katil bersama. Manakala suaminya tidur di bawah kerana tidak mahu berhimpit dengan anak kecilnya. Suraya meletakkan bantal di sekeliling anaknya supaya anaknya tidak jatuh ke bawah.
Mereka bertiga tidur dengan nyenyaknya. Anaknya sebelum ini tidur tanpa beralih tempat mula berguling ke kanan. Mungkin kerana ada kelainan yang dirasa pada anak kecil itu.
Tiba-tiba Suraya menjerit memanggil suaminya, "Abang! Anak kita jatuh."
Radi terkejut dan bergegas bangun. Di lihatnya anak mereka berada diatas lantai dan kepalanya berdarah.
Fikirkan
Sememangnya kita tidak dilarang mencari keselesaan. Namun, kita perlu berhati-hati kerana ada ketikanya keselesaan yang kita dambakan dengan tergesa-gesa belum tentu mendatang kebaikan kepada kita.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Katil dan tilam"
Post a Comment