Dua orang sahabat karib yang bekerja sebagai tukang rumah sering kali mendapat undangan untuk membina rumah. Kerja-kerja hasil tangan mereka begitu rapi. Semua pelanggan yang pernah berurusan dengan mereka begitu berpuas hati. Maka itu, tidak heranlah ada yang sanggup membayar lebih kepada mereka.
Pada suatu ketika, ada seorang sahabat yang sedang melakukan kerja membina rumah. Bata-bata di susun dengan rapi untuk menaikan dinding rumah tersebut.
Lantaran terlalu khusyuk bekerja, beliau tidak menyedari bahawa waktu solat semakin hampir. Tiba-tiba azan berkumandang. Bata yang disusunnya hanya tinggal sebuah sahaja lagi. Sekiranya diletakkan bata tersebut maka siaplah kerjanya pada hari tersebut. Namun demikian, beliau tidak menyambung kerja itu, sebaliknya terus berhenti untuk melakukan solat.
Sahabat yang seorang lagi bertanyakan kepada beliau mengapa dia tidak meletakkan batu yang tinggal hanya satu sahaja lagi. Lalu, beliau mengatakan bahawa seandainya diletakkan batu yang terakhir tersebut maka dia lebih membesarkan batu daripada Allah SWT.
Sahabat yang bertanya itu tersenyum dan mengangguk. Mereka pun membersihkan diri bagi menyempurnakan solat secara berjemaah.
Fikirkan
Salah satu formula untuk menjemput rezeki adalah dengan membesarkan tuntutan Allah SWT. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah berpesan kepada kita agar menjaga solat, bersolat berjemaah dan bersolat di awal waktu. Moga-moga kita memperoleh rahmat Ilahi.
Wallahu'alam.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Kecilkan Batu"
Post a Comment