Assalamualaikum
Ya, sebagai seorang yang mengaku beriman dan cintakan Rasulullah SAW kita memang tidak patut menginggalkan amalan beselawat.
 |
Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW |
Bahkan, setiap minggu pada hari Jumaat orang lelaki terutamanya akan diingatkan supaya berselawat ke atas Rasulullah SAW.
Amalan beselawat ini teramat istimewa kerana Allah SWT sendiri berselawat ke atas Rasulullah SAW.
Betul! Saya tidak tipu. Cuba baca terjemahan ayat Al-Quran di bawah ini:
Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56).
Jelaskan?
Ini terjemahan Al-Quran bukan hadith Rasulullah SAW yang boleh dipertikaikan hadith sahih atau maudu'.
Jika anda berminat untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang terjemahan ayat ini sila rujuk dengan guru yang ahli.
Selawat Khusus Menjemput Rezeki Yang Murah
Hari ini saya tidak bercadang untuk berkongsi kelebihan-kelebihan berselawat. Tetapi saya hanya ingin menyebut tentang Selawat yang khusus untuk menjemput rezeki yang murah.
Jom kita lihat cara bacaan selawat dan kalau boleh hazalkan terus.
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّد
صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهاَ عَلَينَا الأَرْزَاقِ
وتحَسِّنُ بِهَا لَناَ الأَخْلاَق
وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم
Allaahumma solli 'alaa sayyidina Muhammad
solaatan tuwassi 'u bihaa 'alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa 'alaa 'aalihi wasohbihi wasallim
WAHAI ALLAH RAHMATI DAN KURNIAKANLAH
KESEJAHTERAAN ATAS MUHAMMAD RASULULLAH
DAN SELAWAT YANG DAPAT MELAPANGKAN REZEKI KAMI
DAN MENJADIKAN BAIKNYA AKHLAK KAMI
DAN CURAHKANLAH KESEJAHTERAAN
ATAS KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA
Baca 11 kali selepas setiap sembahyang fardhu
Alhamdulillah, ini adalah salah satu selawat yang kita boleh amalkan setiap hari.
Dalam mengamalkan selawat ini, kita perlu faham bahawa selawat tidak boleh memberikan kita rezeki kerana Allah SWT sahaja berhak memberikan kita rezeki.
Tetapi kita perlu yakin dengan janji Allah SWT bahawa setiap doa pasti akan dikabulkan sama ada lambat, cepat, secara langsung atau tidak langsung.
Jadi, kita tidak perlu fikir tentang apa dan bagaimana rezeki yang akan kita perolehi, sebaliknya kita fikirkan apa dan bagaimana amalan yang boleh kita buat untuk menjemput rezeki.
Dalam
Formula Rezeki Melimpah Ruah ini diterangkan dengan lebih lengkap bagaimana cara untuk memperolehi rezeki melimpah ruah.
Lebih baik anda baca sekarang --->>>
Formula Rezeki Melimpah Ruah
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Selawat Khusus Menjemput Rezeki Yang Murah"
Post a Comment