Ahmad dan anak sulungnya Hilmi sedang menunggu ketibaan keretapi yang dijangka akan sampai pada jam 6.00 petang. Namun, jam di dinding sebelah kanan tempat mereka duduk menunjukkan pukul 6.10 petang. Keretapi yang ditunggu belum tiba lagi.
Mereka berdua perlu menaiki kereta api kerana tiket bas telahpun habis seawal seminggu. Oleh kerana cutinya diluluskan mulai esok, petang ini barulah dia boleh pulang ke Kuala Lumpur.
Pada tahun ini, mereka semua bersetuju untuk berkumpul di Kuala Lumpur untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Isteri dan dua orang anaknya yang lain dibenarkan pulang lebih awal dengan menumpang kereta adik perempuannya.
Beberapa ketika kemudian, datang sebuah keretapi yang menghala ke arah utara. Harapan mereka belum kesempaian kerana keretapi yang dinanti seharusnya menuju ke arah selatan.
"Mana keretapi ini?" Hilmi mula mengeluh. Wajahnya kelihatan sedikit kecewa.
"Sabarlah Hilmi. InsyaAllah nanti sampailah." Ahmad cuba mententeramkan anaknya.
"Sekarang sudah lebih dari setengah jam kita menunggu." Hilmi membalas.
"Baru setengah jam kita menunggu."
"Habis tu, kita hendak menunggu sampai bila?"
"Kita tunggu sampai keretapi datang. Pasti ada hikmahnya kenapa kereta api belum sampai lagi"
"Kalau keretapi tidak datang. Bagaimana? Habislah kita, tidak boleh berhari raya dengan ibu, adik-adik dan saudara-saudara mara yang lain"
"Hilmi, sekiranya Allah SWT izinkan kita sampai. InsyaAllah, pasti kita akan sampai."
Tiba-tiba kedengaran bunyi suara daripada kaunter tiket. Ahmad dan Hilmi terdiam daripada berbicara. Mereka memfokuskan pendengaran mereka kepada pengumuman yang di sampaikan oleh penjaga kaunter.
"Pengumuman, kepada pemegang tiket keretapi ke Kuala Lumpur yang akan bergerak pada jam 6.00 di minta tunggu lagi. Keretapi yang sepatutnya sampai pada jam 6.00 petang telah mengalami kemalangan pada 6.05 petang tadi.Tuan-tuan dan puan-puan diharap bersabar. Pihak keretapi sedang berusaha untuk memastikan tuan-tuan dan puan-puan sampai ke destinasi. Terima kasih."
"MasyaAllah...Hilmi dengar atau tidak pengumuman itu?" Ahmad kembali berbicara dengan anaknya.
"Dengar." Hilmi menjawab seperti tidak ada apa-apa berlaku.
"Hilmi, cuba bayangkan sekiranya kita menaiki keretapi tersebut pada jam 6.00 petang tadi. Kemungkinan besar, kita merupakan antara penumpang yang terlibat dengan kemalangan tersebut.
Hilmi terdiam membisu.
Fikirkan
Begitulah kehebatan Allah SWT. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dia menguji kita kerana hendak melihat sejauhmana kita bersabar dan Dia memberi nikmat kepada kita untuk menilai sejauhmana kita bersabar.
Waalahu'alam...
No comments:
Post a Comment