Monday, November 26, 2012

Sayangi Anak

Seorang lelaki tua dikurniakan tiga orang anak lelaki hasil perkahwinannya dengan seorang wanita yang disayanginya. Anak-anak lelaki tersebut bernama Dunya, Hatta, Soleh.


Anak yang pertama amat di sayangi oleh lelaki itu. Setiap kali pulang dari bekerja pasti dibelikannya dengan pelbagai jenis barang yang digemarinya. Segala permintaan yang dihajati oleh Dunya akan ditunaikan oleh lelaki itu.

Begitu juga dengan anaknya yang kedua iaitu Hatta. Hampir semua permintaan yang diutaran oleh Hatta kepada anaknya itu akan diusahakan. 

Keadaan ini kurang disenangi oleh isterinya. Ini kerana ke dua-dua orang anak mereka itu semakin lama semakin manja. Bahkan mereka sukar memberi bantuan sekiranya dia meminta pertolongan.

Manakala anaknya yang ketiga kurang dimanjakan oleh si lelaki itu. Setiap hari lelaki itu akan membawa anaknya Soleh ke hutan untuk membantunya bekerja mencari rotan. Setiap kali balik rumah, tiada hadiah atau barangan yang dibelikan oleh lelaki itu kepada Soleh.

Pelbagai  kerja yang dilakukan oleh  Soleh, sedangkan Dunya dan Hatta hanya berehat di rumah sahaja. Belajar pun tidak minat. Menolong ibu  mereka pun jarang sekali. Biarpun begitu, Soleh tetap membantu ayahnya di hutan.

Pada suatu masa, lelaki itu ingin pergi ke pejabat peguam yang terletak di bandar kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Lalaki itu diberi tahu bahawa dia bakal mendapat sebidang tanah besar hasil peninggalan ayahnya. Oleh kerana telalu gembira dia pun mengajak anaknya Dunya dan Hatta untuk pergi bersama. Anak-anaknya itu begitu gembira dan bersiap-siap untuk ke bandar. Manakala Soleh tidak diajak oleh lelaki itu, dia perlu  menyiapkan beberapa kerja yang belum selesai.

Perjalanan ke bandar agak jauh kerana mereka terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer merentasi hutan untuk sampai ke sebuah perhentian bas. Dari situ barulah mereka akan menaiki bas menuju ke bandar.

Meskipun terpaksa berjalan jauh, kedua-dua orang anak lelaki itu tetap gembira kerana ayah mereka menjanjikan akan membeli barang yang mahal untuk mereka berdua. 

Seawal pagi, mereka pun berjalan sambil berbual-bual dan bernyanyi-nyanyi merentasi hutan. Mereka berdua membayangan barangan yang mereka idamkan selama ini pasti menjadi kenyataan. Apabila samoai di pertengahan jalan, tiba-tiba muncul sekumpulan khinzir hutan yang merentasi laluan mereka. seekor daripada khinzir itu mengahala tepat ke arah Dunya dan Hatta berdiri. Mereka berdua begitu terkejut dan terus berlari tidak tentu arah. 

Lelaki itu juga terpaksa berlari dengan pantas ke arah lain untuk menyelamatkan diri. Setelah keadaan dirasakan selamat, lelaki itu menoleh ke belakang, namun tiada langsung kelibat anaknya sama ada Dunya atau Hatta.

Dia pun berjalan dan terjerit-jerit memanggil anak-anaknya itu. Sejam masa berlalu tetapi dia belum menemui anaknya itu. Hatinya mula rungsing. 

Bermacam-macam soalan muncul dibenak fikirannya, "Bagaimanakah keadaan anak-anaknya itu? Adakah mereka masih selamat?"

Setelah seharian mencari anak-anaknya, putus asa muncul dijiwa. Dia bertukar niat untuk ke bandar kerana hari semakin hampir ke malam. Tatkala sampai di rumah, isterinya bertanya di mana anak-anaknya Dunya dan Hatta. Dengan wajah yang kecewa dia menjawab, "Anak kita hilang." 

Luluh hati isterinya mendengar jawapan suaminya itu. Soleh yang turut berada di hadapan pintu hanya memandang dan tidak berkata apa-apa.

Keesokkan harinya, orang kampung membawa Dunya dan Hatta ke rumah lelaki itu. Kedua-duanya cedera parah, ke dua-dua kaki Dunya patah. Manakala kepala Hatta berlumuran darah. Mereka berdua masih bernyawa tetapi kecederaan yang parah menyebabkan mereka tidak berupaya untuk bergerak.

Menurut orang kampung yang menjumpai mereka mengatakan Dunya tersepit di dalam sebuah lubang besar sepuluh kilometer di dalam hutan. Hatta pula terdampar di atas batu besar di tepi sungai lima belas kilometer dari kampung mereka. 

Terduduk isteri lelaki itu melihat keadaan anak-anaknya. Lelaki itu menyesal kerana tidak pernah mengajak anaknya memasuki hutan. Seandainya dia pernah mengajak anaknya itu ke hutan mungkin mereka tidak sesat dan pandai berdikari.

Fikirkan

Allah SWT boleh mengajar kita dengan pelbagai kaedah untuk memberi panduan. Musibah yang menimpa mempunyai hikmah di sebaliknya. Barangkali, kita menanggap kasih sayang yang perlu kita berikan kepada anak adalah dengan bermanja-manja. Sehingga kita lupa untuk mengajarkan cara berdikari.

2 comments:

  1. moral dr cerita ni memang terbaiklah sebagai peringatan dalam mendidik anak2 kita.

    ReplyDelete
  2. TERIMA KASIH TUAN DENAI HATI YANG SENTIASA BERKUNJUNG KE SINI.

    ReplyDelete