Assalamuaikum dan salam sejahtera
Bila sebut perkataan DUIT, pasti ramai yang teruja. Masa raya, anak-anak kecil sanggup tidak makan dan minum. Asalkan dapat DUIT raya.
Ya, duit memang rezeki.
Tambahan zaman sekarang, semuanya pakai duit.
Tetapi adakah dengan DUIT kita boleh beli segala-galanya?
Saya biarkan anda jawab sendiri soalan ini.
Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda sebuah kisah tentang seorang yang berjaya dan rezekinya melimpah ruah dengan DUIT.
Hari Raya Aidilfitri menjelama lagi. Suasana hari raya kali ini bertambah meriah dengan kehadiran cahaya mata sulung Hafiz yang baru berusia sebelas hari.
Isterinya yang masih dalam berpantang hanya berada di dalam bilik bersama cahaya mata tersayang.
Justeru, tugas melayan tetamu yang biasanya dilakukan oleh isterinya perlu ditanggung oleh Hafiz bagi membantu ibu dan bapa mentuanya.
Hampir keseluruhan keluarga berkunjung ke rumah Hafiz pada hari raya pertama tidak kira dari jauh ataupun dekat.

Asalkan Ada DUIT Baru Boleh Berjaya

Duit Raya |
Sejak awal pagi lagi, Pak Su Karim dan Mak Su Khuzaimah sampai ke rumah .
Keluarga mereka disegani oleh keluarga yang lain termasuk Hafiz kerana mereka ini boleh dikatakan orang yang berada tetapi tidak sombong ataupun bongkak.
Malahan mereka suka membantu orang lain, memiliki akhlak dan sentiasa menyediakan masa untuk menutut ilmu waima dalam kesibukan bekerja.

Pak Su dan Mak Su merupakan antara orang yang penting di Syarikat Petronas dan anak sulung mereka pula bekerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Oleh kerana kesibukan bekerja dan tinggal jauh di Terengganu, mereka jarang dapat balik ke kampung untuk bertemu dengan keluarga melainkan cuti hari raya, walimatul urus, ada kematian atau ada hal-hal penting.

Sambil menjamu selera dengan hidangan yang tesedia, mereka mengambil peluang untuk beramah-mesra dan bertanya khabar dengan keluarga Hafiz yang sekian lama tidak bersua.
Dalam pada itu, Paksu tiba-tiba menegur adik ke dua Hafiz yang sedang menjamah ketupat, "Faiz, kamu belajar di mana sekarang?"
"Saya belajar di UiTM Pulau Pinang." jawab Faiz
"Kamu mengikuti bidang apa?" tanya Pak Su
"Saya sedang ambil bidang Kejuruteraan Elektrik sahaja," jawab Faiz.
"Baguslah jika begitu." ujar Pak Su.
"Tetapi Pak Su, ramai orang kata bidang ini susahlah." jelas Faiz.
"Kenapa pula susah, Pak Su dulu pun macam kamu juga ambil bidang ini. Pak Su dahulu dapat keputusan SPM tidak setinggi mana, sekadar cukup untuk melayakkan masuk diploma sahaja. Tambahan pula di waktu itu lagi susah jika dibandingkan seperti sekarang. Mana ada komputer, pergi kuliah pun jalan kaki sahaja." ujar Pak Su lagi.
"Habis tu, macammana Pak Su belajar?" soal Faiz.
"Bagi Pak Su senang sahaja. Asalkan kita ada DUIT. Insya-Allah kita boleh berjaya."jelas Pak Su.
"Duit? Pak Su bekerja sambil belajar kah?" tanya Faiz.
"Bukan DUIT ringgit. Tetapi Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal.
Setiap matlamat yang kita ingin kecapi perlu dimulai dengan doa kepada Allah SWT. Dalam pada itu, kalau sekadar berdoa sahaja tanpa berusaha pun tidak memadai.
Setelah itu, kekalkan doa serta usaha yang kita lakukan dan bertawakallah kepada Allah SWT. Itulah formula yang Pak Su guna semasa belajar dahulu sehingga kini. " jelas Pak Su.

Fikirkan
Orang yang rapat dengan Allah SWT sering kali diberi ilham untuk melakukan ibadah dan berhujah. Amalan dan ucapannya boleh dicontohi oleh orang lain selagi mana ianya berlandaskan syariat yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Moga-moga, kita mampu menjadi orang yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mampu mengamalkan nasihat-nasihat berguna daripada orang yang dipilih Allah SWT.
No comments:
Post a Comment