Assalamualaikum dan salam sejahtera
Zaman sekarang adalah zaman 'touch and go'.
|
Add caption |
Semuanya orang mahukan yang cepat dan segera. Sebab itulah tahap kesabaran orang sekarang banyak rendah.
Begitu juga dalam hal kejayaan atau kemahuan. Kalau boleh mahukan kejayaan dalam masa yang singkat.
Kata orang tua-tua Mana Ada Jalan Yang Singkat Kalau Mahu Berjaya.
Saya tidak pandai menghurai panjang tentang hal ini tetapi ingin kongsikan dengan anda sebuah cerita yang boleh kita ambil pengajaran.
Mana Ada Jalan Yang Singkat Kalau Mahu Berjaya
Aiman duduk bersila mengadap ayahnya yang juga bersila dengan penuh sopan. Di hadapan mereka ada sebuah mukhaddam yang diletak di atas sebuah rehal kayu. Mereka telah siap sedia untuk memulakan pangajian muqaddam.
|
Muqaddam |
Aiman pun memulakan bacaan muqaddam dengan menyebut nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.
Setelah itu, ayahnya menyuruh Aiman ikut satu persatu sebutan yang bakal disebut olehnya. Aiman yang masih baru belajar mengikut sebutan yang dibunyikan ayahnya perlahan-lahan kerana belum mahir.
Setiap kali sebutan yang tidak kena pada makhraj yang betul si ayah akan menyuruh Aiman mengulanginya lagi sehingga benar-benar sebutannya menjadi. Begitulah cara yang digunakan oleh ayah Aiman dalam mendidiknya membaca muqaddam.
Biarpun, Aiman seolah-olah tidak menyenangi cara pengajian sebegitu, namun dia terpaksa akur kerana mentaati guru yang mengajarnya. Apatah lagi yang mengajarnya mengaji itu adalah ayahnya sendiri.
Hampir empat puluh minit masa berlalu mereka berdua melakukan proses pengajian muqaddam. Kemudian daripada itu, ayahnya menyuruh Aiman berhenti dan menyimpan kembali muqaddam dan rehal kayu di tempat asalnya.
Sebelum bangun, Aiman bertanya kepada ayahnya, "Ayah, kenapa susah sangat hendak jadi pandai membaca Al-Quran? Tidak ada jalan singkat untuk belajar kah?"
Ayahnya tersenyum dan cuba menjawab persoalan anaknya itu," Sebelum ayah menjawab soalan kamu, ayah ingin bertanya, adakah adik kamu sekarang ini boleh berjalan kaki seperti kamu."
Aiman agak terkedu dengan soalan ayahnya itu, tetapi dia masih mampu menjawabnya dengan spontan."
Sudah tentu dia tidak boleh berjalan lagi, sedangkan hendak merangkak pun belum tentu boleh sebab umurnya baru dua bulan. Aiman rasa, adik perlu meniarap dan merangkak dahulu, barulah dia boleh berjalan."
|
Klik Banner ini |
"Begitulah juga dengan mengaji Al-Quran. Sekiranya hendak pandai membaca Al-Quran, Aiman perlu bermula dari mengenal huruf hijaiyah terlebih dahulu. Kemudian, kita perlu belajar muqaddam sehingga habis.
Setelah itu, barulah kita mula membaca Al-Quran. Inn Sya Allah, setelah kamu melalui proses tersebut dari satu peringkat ke satu peringkat, kamu boleh pandai membaca Al-Quran." jelas ayah Aiman.
"Maksudnya, tidak ada jalan singkat untuk belajarlah?" soal Aiman lagi.
"Pandai pun." sahut ayah dengan ringkas.
"Kalau begitu, bila saya boleh pandai mengaji al-Quran? tanya Aiman sekali lagi.
"Kalau kamu hendak cepat pandai, kamu kena rajin berusaha dan berdoa. Moga-moga Allah SWT mudahkan kamu belajar dan pandai mengaji al-Quran."ujar ayah.
Fikirkan
Secara adat atau kebiasaanya, apa yang berlaku di atas muka bumi ini ada proses yang telah Allah SWT tentukan.
Misalan yang mudah untuk difikirkan adalah perihal makan. Seandainya kita hendak makan, kita perlu sediakan bahan makanan dan bahan makanan itu pula perlu diletakkan di atas pinggan atau mangkuk.
Setelah semua persiapan makanan telah tersedia, makanan itu tidak akan dapat masuk ke dalam mulut sekiranya kita tidak menyuapnya.
Seterusnya makanan itu hanya berada di dalam mulut sahaja sekiranya kita tidak kunyah dan menelan ke dalam perut.
Di sini jelaslah bahawa, kita tidak boleh sekadar berdoa sahaja untuk mencapai sesuatu perkara. Sebaliknya usaha perlu seiring dengan doa.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Nice blog
ReplyDeletecerita pun menarik ^_^
terima kasih
DeleteGreat for learning. Thanks for sharing the useful info.
ReplyDeleteThanks
Delete