Assalamuaikum dan salam sejahtera
Kalau melihat akan motorsikal berkuasa besar, memang saya teringin memiliki dan menunggannya.
Memang harganya mahal tetapi kalau ada rezeki mana kita nak tahukan?
Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang sebuah motorsikal berkuasa besar yang tidak bersalah.
Kisah ini pun ada kaitan dengan rezeki sebenarnya.
Sejam selepas solat zohor, Amir menunggang motorsikal Yamaha yang baru dibelinya dua bulan lepas. Niatnya hendak ke supermarket yang tidak jauh dari rumahnya untuk membeli beberapa jenis barang dapur yang dipesan oleh ibunya. Perjalanan yang diperlukan olehnya lebih kurang dua puluh minit. Sebelum dia bergerak pergi, ibunya sempat berpesan agar dia menununggang motosikalnya dengan berhati-hati.

Kenapa motosikal berkuasa besar yang bersalah?
Klik sini |
Sejam selepas solat zohor, Amir menunggang motorsikal Yamaha yang baru dibelinya dua bulan lepas. Niatnya hendak ke supermarket yang tidak jauh dari rumahnya untuk membeli beberapa jenis barang dapur yang dipesan oleh ibunya. Perjalanan yang diperlukan olehnya lebih kurang dua puluh minit. Sebelum dia bergerak pergi, ibunya sempat berpesan agar dia menununggang motosikalnya dengan berhati-hati.
Setibanya di supermarket, dia mencari parkir motosikal yang telah disediakan untuk meletak kenderaannya itu. Ruang untuk meletakkan motosikal hanya tinggal satu sahaja iaitu bersebelahan dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi. Setelah itu, dia pun berjalan menuju ke pintu masuk supermarket.
Saat dia berjalan menuju ke pintu masuk, dia berselisihan dengan seorang lelaki berbadan sasa, berkulit hitam manis, wajahnya berjambang, berkaca mata hitam dan berambut panjang mencecah bahu. Lelaki tersebut juga menggalas sebuah beg kulit kecil di sebelah bahu kirinya.
"Nampak macam seorang penjahat sahaja lelaki itu." terlintas di fikiran Amir tatkala menjeling kepada lelaki yang sedang berjalan keluar dari pintu supermaket itu. Dari jauh, Amir masih memerhati lelaki tadi yang berjalan menuju ke parkir motorsikal.
Rupa-rupanya, motosikal berkuasa tinggi yang berada di sebelah motosikalnya adalah milik lelaki tersebut. "Oh, motosikal dia rupanya. Sudahlah seperti gangster, berlagak pulak," hati Amir masih tidak berpuas hati.
Dia kemudiannya memasuki supermarket untuk membeli barangan yang telah dipesan oleh ibunya. Setelah semua barangan yang hendak dibeli dia pun pulang ke rumah.
Dalam perjalan pulang ke rumah, dilihatnya jam di tangan. "Waktu asar sudah semakin hampir, lebih baik aku singgah di masjid dahulu. Boleh aku bersolat secara berjemaah." fikir Amir.
Masjid yang tersergam indah terletak di sebelah kanan jalan besar. Dia terpaksa melintas jalan untuk memasuki masjid tersebut. Setibanya di perkarangan masjid azan Asar pun berkumandang. Dia pun cepat mencari parkir motosikal untuk meletakkan kenderaanya.
Tiba-tiba hatinya tersentak kerana motosikal yang dilihat di supermarket turut berada di masjid itu.Dia biarkan sahaja. Pada fikirannya boleh jadi motosikal itu ditunggangi oleh orang lain.
Klik sini |
Usai berwuduk, dia pun melangkahkan kaki memasuki dewan solat masjid itu. Para jemaah telah bersiap sedia untuk melakukan solat jemaah. Langkahnya dilajukan supaya dia tidak ketinggalan rakaat pertama solat Asar.
Alhamdulillah, dapat juga dia bersama-sama iman untuk rakaat pertama. Setelah selesai berdoa, para berjemaah bangun bersalaman. Dia tidak ketinggalan bagi melaksakan amalan yang baik ini.
Sekali lagi dia terkejut, kerana dalam kalangan para jemaah di masjid itu terdapat seorang pernah dilihatnya di supermarket tadi turut bersalaman denganya sambil tersenyum.
Orang itu adalah lelaki berbadan sasa, berkulit hitam manis, wajahnya berjambang, berkaca mata hitam dan berambut panjang mencecah bahu yang dilihat tadi. Kali ini wajahnya lebih kemas kerana kepalanya di tutup dengan kupiah putih.

Kemudian daripada itu, dilihatnya lelaki itu berhenti di tepi tiang masjid yang menyediakan peti derma dan memasukkan duit ke dalam peti itu.
"Astagfirullahal'azim...," serta-merta terpancul kalimah taubat di mulut Amir. Dia begitu menyesal kerana bersangka buruk terhadap lelaki itu.
Kesimpulan
Motorsikal hanyalah sebuah alat untuk digunakan oleh manusia.
Mahal atau murah bukan ukurannya.
Apa yang penting adalah orang yang menggunakan motorsikal itu.
Kalau dia gunakan motorsikal itu untuk kebaikan, memang dia dapat dua keuntungan. Keuntungan dunia dan keuntungan akhirat.
Bagi orang lain yang melihat pula, kita tidak boleh bersangka buruk dengan makhluk Allah SWT. Apatah lagi, bersangka buruk dengan Pencipta makhluk.

Salah satu sebab rezeki jadi sempit kerana selalu bersangka buruk. Na'uzubillah...
No comments:
Post a Comment