Assalamualaikum
Hari ini saya ingin berkongsi cerita seorang lelaki menangis kerana dianugerahkan rezeki secara tiba-tiba walaupun dia Rezeki Lelaki Tiba-Tiba Walaupun Terpaksa Lewat Berniaga.
Sungguh! Rezeki itu milik Allah SWT.
Kalau kita rapat dengan DIA, mudah sahaja dia akan berikan kepada kita.
Jom ikuti cerita ini.
Rezeki Lelaki Tiba-Tiba Walaupun Terpaksa Lewat Berniaga
Biarpun kehidupan Pak Ali boleh dikategorikan sebagai sederhana sahaja, namum begitu dia tetap bersyukur dan rajin berusaha. Pekerjaan yang dilakukan bagi mencari nafkah untuk keluarganya adalah dengan menjual nasi lemak pada waktu pagi.
|
Klik sini |
Manakala pada waktu petang pula dia akan menjual laksa dan mee rebus yang dimasak sendiri oleh isterinya. Di samping itu, dia turut melakukan kerja-kerja seperti menebas rumput atau meracun sekiranya dia tidak berniaga.
Umurnya yang mencecah 45 tahun kini sudah dikurniakan dengan empat orang anak yang kadang-kadang turut membantunya di gerai tersebut sekiranya ada kelapangan atau cuti sekolah. Isterinya pula akan menyediakan kelengkapan yang perlu di bawa oleh suaminya untuk berniaga.
Sudah menjadi rutin Pak Ali pada setiap hari, dia akan memulakan pekerjaannya seawal pagi setelah selesai bersolat subuh secara berjemaah di masjid berdekatan dengan gerai yang disewanya sejak sekian lama.
|
Klik sini |
Perniagaan kecil-kecilan itu biasanya berlangsung dari jam 6.15 pagi sehingga jam 12.15 petang. Kemudian, dia akan datang ke gerai yang sama untuk menjual laksa dan mee rebus lebih kurang jam 3.30 petang. Hasil pendapatannya setiap hari buat setakat ini dirasakan oleh mereka sekeluarga sudah mencukupi untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Pak Ali juga merupakan orang di senangi oleh kenalan dan rakan tetangga kerana dia merupakan seorang yang baik hati dan tidak lokek dalam memberi bantuan. Aktiviti-aktiviti di masjid seperti gotong-royong dan menjayakan majlis ilmu seringkali terlihat kelibat Pak Ali yang turut serta walaupun dia bukannya salah seorang ahli jawatan masjid.
Pada suatu pagi, di saat dia dan ahli keluarganya masih tidur nyenyak dibuai mimpi. Pak Ali dikejutkan dari lena dan bingkas bangun apabila menyedari pintu rumahnya diketuk. Dari dalam rumah dia bertanya, "Siapa di luar?"
"Saya Ramli! Tolong buka pintu Pak Ali" jiran sebelah rumahnya Ramli memanggil dengan nada yang tergesa-gesa.
|
YAkin Dengan Rezeki |
Menerusi suara dan nama orang itu, Pak Ali sememangnya mengenali orang tersebut, lalu dia pun membuka pintu rumahnya. "Kenapa dengan kamu ini Ramli?" soal Pak Ali.
"Tolong Pak Ali, isteri saya sudah hampir bersalin. Dia sedang kesakitan sekarang ini. Kereta saya rosak malam tadi. Saya tidak tahu bagaimana hendak bawanya ke hospital." jawab Ramli.
"Bawa bertenang, In Sya Allah, saya akan tolong bawakan isteri kamu. Kami balik dahulu, nanti saya akan sampai" jawab Pak Ali tanpa berfikir panjang.
Lantas, Pak Ali mengajak isterinya yang baru sahaja bangun dari tidur untuk turut serta membantunya pergi ke hospital. Dengan mengenakan pakaia dan mengambil barang keperluan yang penting sahaja dia bergegas menghidupkan enjin kereta Proton Saga lama yang sering digunakannya untuk berniaga.
Kemudian, dia bersama isterinya begerak menuju ke rumah Ramli yang tidak tidak jauh dari rumahnya. Dari jauh, mereka nampak Ramli yang sendang membantu isterinya berjalan keluar dari rumah. Apabila Ramli dan isterinya masuk ke dalam kereta, dia pun memandu keretanya ke hospital berdekatan dengan berhati-hati walaupun agak laju kerana bimbangkan keadaan isteri Ramli.
Alhamdulillah syukur, isteri Ramli selamat melahirkan anak lelaki lebih kurang jam 9.30 pagi. Pak Ali berkata kepada Ramli. "Alhamdulillah, isteri kamu sudah selamat melahirkan anak. Anak kamu pun dalam keadaan stabil. Saya rasa saya perlu balik ke rumah dahulu kerana semua persiapan untuk saya berniaga hari ini telah siap sedia sejak malam tadi. Kalau saya tidak menjual pada pagi ini rosak pulak semua bahan untuk nasi lemak."
"Maafkan saya Pak Ramli kerana terpaksa mengganggu waktu Pak Ali untuk berniaga. Biasanya Pak Ali sudah menjalankan perniagaan awal pagi lagi" ujar Ramli.
|
Klik sini |
"Tidak mengapalah. Hari ini hari kamu, hari saya tidak tahu bila lagi. Kamu jangan bimbang. Rezeki kita bukan milik kita tetapi milik Allah SWT." jelas Pak Ali.
Pak Ali pun balik bersama isterinya ke rumah. Meskipun hari sudah agak tinggi untuk dia membuka gerainya, tetapi Pak Ali tidak merasa gundah kerana dia berdoa dan yakin dengan rezeki yang telah ditentukan Allah SWT.
Kemudian, Pak Ali pun membuka gerainya dan menjual nasi lemak seperti biasa. Dia sempat melihat rakan-rakan yang turut berniaga berdekatan dengan gerainya. Ada yang tinggal separuh dan ada yang tinggal lagi suku sahaja lagi. Pak Ali tetap terseyum walaupun hari ini dia terpaksa memulakan perniagaanya pada jam 10.30 pagi.
Tidak berapa lama kemudian lalu sebuah kereta Persona hitam di hadapan gerainya dan berhenti tidak jauh dari situ. Kelihatan seorang lelaki berpakaian kemas keluar daripada keretanya lalu menuju ke gerai Pak Ali.
"Berapa harga nasi lemak ini?" soal lelaki tersebut.
|
Klik sini |
"Seringgit satu." jawab Pak Ali.
"Oh begitu, tolong bungkus semua nasi ini. Saya hendak buat jamuan sedikit, tidak sempat nak tempah semalam." ujar lelaki itu.
Setelah lelaki itu membayar harga nasi lemak , air mata Pak Ali merentasi pipinya tanpa sedar. Dalam hatinya dia berkata, "Alhamdulillah syukur, kekuasaanMu semakin jelas di hadapan mata ku ya Allah. Hari ini Pak Ali tidak perlu menunggu sehingga jam 12.15 petang untuk menjual nasi lemak, dia hanya duduk di gerainya selama setengah jam sahaja.
Kesimpulan
Sememangnya rezeki setiap anak Adam telah ditentukan oleh yang Maha Pemberi Rezeki. Perkara pokok yang perlu ada dalam diri kita adalah keyakinan kepada Allah SWT. Kita tidak perlu risau akan rezeki kita, tetapi kita perlu risau jika kita tidak berusaha dan berdoa.
Belum ada komen untuk "Rezeki Lelaki Ini Datang Secara Tiba-Tiba Walaupun Terpaksa Lewat Berniaga"
Post a Comment