Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah yang saya dengar daripada bapa saudara sendiri.
Kisaha ini adalah kisah benar yang didaptasi.
Moga-moga ada manfaat untuk bersama.
Ini adalah sebuah kisah seorang yang begitu murah hati membiarkan pencuri mengambil hasil tanamannya.
Sanggup Menukar Laluan Kerana Memberi Rezeki Kepada Orang
Seperti biasa seorang lelaki yang lebih mudah dikenali sebagai Lebai Uthman akan keluar sebelum subuh berjalan kaki untuk pergi ke surau yang tidak berapa jauh dari rumahnya.
|
Lebai uthman |
Jarak di antara rumahnya dengan surau adalah lebih kurang 500 meter sekiranya dia menggunakan laluan pertama. Manakala, laluan yang satu lagi untuk ke surau tersebut agak jauh berbanding jalan utama.
Jalan dekat yang sering digunakan oleh Lebai Othman untuk ke surau tersebut di penuhi dengan pokok kelapa sepanjang jalan. Meskipun agak bersemak-samun jalan tersebut, dia telah terbiasa dan selesa menggunakan jalan tersebut.
Usai bersolat subuh dan membaca Al-Quran di surau, dia pun melangkah kaki untuk pulang ke rumah bagi meneruskan kerja hariannya iaitu menjual santan.
Sebaik sahaja dia turun daripada tangga surau datang seorang lelaki yang sememangnya dia kenali iaitu Karim, seorang anak muda kampung yang baik pekertinya.
Dia menunggang basikal dan meluru pantas ke arah Lebai Uthman. Dalam keadaan tercungap-cungap, dia menyapa Lebai Uthman, "Pak Lebai, tadi semasa lalu ke sini saya ternampak seorang pemuda yang tidak dikenali sedang memanjat pokok kelapa Pak Lebai. Pak Lebai kenal siapa pemuda itu?
|
Rezeki |
Lebai Uthman menjawab dengan tenang, "Oh begitu. Entahlah, Pak Lebai pun tidak tahu.Terima kasih kerana memberi tahu Pak Lebai. Pak Lebai balik sekaranglah."
Karim berasa hairan dengan jawapan Lebai Uthman kerana dia sedikit pun tidak terkejut, malahan wajahnya kelihatan tenang. Di lihatnya Lebai Uthman terus melangkah pergi tetapi dia memilih laluan yang jarang digunakannya iaitu laluan ke dua.
Tindakan Lebai Uthman menambah kepelikan diri Karim. Lantas, dia bertanya Lebai Uthman, "Kenapa Pak Lebai memilih jalan ini? Bukankah laluan itu yang sering digunakan oleh Pak Lebai?"
Lebai Uthman menoleh ke arah Karim. Lalu dia menjawab soalan Karim sambil tersenyum, " Pak Lebai tidak mahu pemuda yang memanjat pokok kelapa itu melihat Pak Lebai kerana bimbangkan dia.
Sekiranya dia ternampak dan terkejut, mungkin dia akan terjatuh. Nanti susah pula keluarga yang bergantung harap kepadanya."
Pandangan Saya
Allah SWT mengurniakan kelebihan dan darjat yang tinggi kepada manusia yang begitu bermurah hati dan gemar memberi.
Amalan memberi merupakan tanda seseorang itu bersyukur kepada Ilahi. Semakin tinggi kesyukuran seseorang kepada Ilahi, Inysa-Allah akan bertgambah rezeki.
novel ke
ReplyDeleteBukan Novel.Imaginasi sendiri
ReplyDeletePelik. Kenapa pautan yang dikenakan tidak berpatutan dengan isinya? Adakah ini unsur jenaka atau tak sengaja?
ReplyDeletePutan itu sebenar autohiperlink, bukan saya yang buat oleh zamanta.
ReplyDelete