Semalam saya sempat mendengar suatu kuliah maghrib di sebuah masjid yang berdekatan dengan rumah saya.
Antara perkara penting yang saya dapat daripada kulia itu ialah kita perlu berdoa kepada Allah SWT agar dimurahkan rezeki.
Sebab apa kena berdoa kepada Allah SWT untuk dimurahkan rezeki, sedangkan rezeki adalah milik Allah.
Jawapan saya, di sebabkan rezeki itu milik Allah, kita wajib mintak dengan Allah SWT. Bukannya mintak dengan tok bomoh bagai.
Mintak sahaja kepada Allah SWT. Lagipun Allah SWT sudah janji dalam Al-Quran kan, barangsiapa yang berdoa pasti dia akan makbul.
Tetapi kita perlu faham bahawa tugas kita adalah meminta atau mohon doa, untuk memakbulkan doa kita adalah hak Allah SWT.
Dia Maha Mengtahui apa yang terbaik untuk kita.
Jadi, untuk hari ini saya ingin kongsikan dengan anda suatu doa yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita.
Doa ini diajarkan oleh Nabi Allah Musa A.S.
Jangan lupa baca juga --->>> Formula Rezeki Melimpah Ruah
Doa Murah Rezeki Nabi Allah Musa
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berhajat kepada sebarang rezeki, anugerah serta pemberian yang engkau berikan."
Doa rezeki Nabi Musa |
Jangan bimbang untuk berdoa walaupun dalam bahasa Melayu kerana Allah SWT Maha mengetahui segalanya.
Lagipun, doa dalam bahasa yang kita faham boleh mendatangkan kusyuk dalam berdoa.
Jangan tunggu lagi, jom kita angkat tangan dan berdoa semoga dimurahkan rezeki.
No comments:
Post a Comment