Anda kenal siapa Sheikh Zainul Asri?
Sheikh Zainul Asri |
Untuk makluman anda, saya pun baru kenal beliau dan belum pernah bersemuka dengannya.
Walaubagaimanapun, alhamdulillah saya berpeluang mendengar ceramah dan kuliah beliau menerusi youtube atau facebook.
Hari saya ingin kongsi dengan anda Petua Murah Rezeki Oleh Sheikh Zainul Asri, sebenarnya.
Tetapi, sebelum itu saya ceritakan dahulu serba sedikit tentang Sheikh Zainul Asri. Biodata ringkas ini saya petik dari sebuah blog Allah Adalah Teman Kita.
Beliau di panggil oleh setengah orang tua dgn gelaran Ustaz Selawat oleh kerana istiqamahnya beliau melantunkan selawat setiap kali berhenti ketika bertutur.Beliau ialah Mudir Pusat Pengajian Darul Hadis, Yayasan Paksi, Kedah. Beliau juga dikenali dengan Pak Long Z.Asri dalam kalangan teman dan rakan.Beliau mendapat pendidikan awal di Maktab Mahmud, Alor Star. Kemudian mendalami ilmu agama di Madrasah Al-Latifiah (Pondok Pak Teh, Kroh) sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Usuluddin (Pengajian Hadis).
Di Mesir beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama besar seperti Syeikh Ismail Sodiq Al-Adawi (Khatib Masjid Al-Azhar) dan Al-Allamah Syeikh Muhamad Zaki Ibrahim (Raid `Asyirah Muhammadiyah). Beliau juga sempat bertalaqqi dengan Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari yang ketika itu mengadakan pengajian di Masjid Fatah, Mesir.
Antara guru beliau di Malaysia yang banyak memberi kesan dalam kehidupan beliau ialah Syeikh Nia'mat Yusuf yang mengasaskan Badan Dakwah dan Kebajikan Maktab Mahmud suatu ketika dulu. Syeikh Nia'mat Yusuf adalah Murabbi utama beliau dalam membimbing dari sudut Fiqh Dakwah.Ketika di Maktab Mahmud bersama Syeikh Nia'mat, kehidupan beliau diasuh dengan Usrah, Qiyamullail, Daurah Tarbiyah, Mukhaiyyam dan mencetus Biah Solehah dalam kehidupan para pelajar di asrama dan rumah-rumah sewa. Di sinilah bermula kehidupan beliau sebagai Mutarobbi, dan sehingga beliau kini menjadi Murabbi dalam gerakan Dakwah khusus bersama pelajar dan mahasiswa.
Antara mutiara kata beliau " Dakwah ini bagai air yang menyusur batu. Walaupun air tidak dapat menembusi batu yang keras, ia akan tetap mengalir di celahan batu tersebut. Mungkin dari atas, bawah, kiri atau kanan. Hakikatnya dakwah pun begitu, walau sebesar mana pun halangannya, ia perlu sentiasa berjalan." Apa yang sangat mengagumkan saya, setiap kali menuturkan sesuatu, mulutnya tidak lekang daripada kalimah selawat dan zikrullah.
Petua Murah Rezeki Oleh Sheikh Zainul Asri
Dalam video ini Sheikh Zainul Asri yang pendek ini, beliau cuba menerangkan sebuah hadith yang menyatakan kelebihan istighfar.
- Rasulullah SAW beristighfar lebih daripada 70 kali.
- Beristighfar menjadi penyelamat daripada bala
- Beristighfar Menarik rahmat
- Beristighfar mengkabulkan doa
- Pentingnya beristighfar sebelum solat hajat
- Kalau mahu dimurahkan REZEKI juga perlu beristighfar.
Dapatkan panduan menjemput rezeki dengan --->>>Formula Rezeki Melimpah Ruah
Sebenar kelebihan beristighfar ini cukup banyak. Apa yang disenaraikan di atas hanyalah sebahagiaan sahaja.
Anda boleh cari lagi dari mana-mana sumber yang diyakini tentang kelebihan istighfar ini.
Sebelum saya berhenti, mungkin ada yang bertanya kenapa kalau mahukan REZEKI perlu beristighfar?
Sebabnya, kita manusia yang lemah. Kita selalu buat salah. Dengan beristigfar, mudah-mudahan Allah SWT mengampunkan dosa kita dan hati kita jadi bersih.
Bila hati jadi bersih, mudahlah doa kita dimakbulkan Allah SWT.
Bukankah REZEKI itu Allah SWT yang punya?
Tak malukah kita mintak REZEKI dengan Allah SWT tetapi kita banyak buat dosa?
Astaghfirullaha'azim.
perkongsian yg baik.. sambil baca sambil istighfar...
ReplyDeleteterima kasih...
DeleteTerima Kasih Pha is
ReplyDelete