Kebanyakkan orang utara Malaysia, pasti kenal dengan Ustaz Shamsuri Hj Ahmad dan saya rasa hampir seluruh rakyat Malaysia turut mengenali beliau.
Beliau adalah seorang pendakwah bebas yang pernah masuk TV dalam rancangan Forum Perdana suatu ketika dahulu.
Ceramah dan kuliah pengajian beliau mampu menarik perhatian ramai.
Ustaz Shamsuri Haji Ahmad |
Setiap kali ceramah atau kuliah beliau, ratusan orang akan membanjiri masjid hadir untuk mendengar biarpun terpaksa datang dari jauh di pelusuk negeri.
Beliau yang merupakan anak jati Pulau Pinang mendapat pendidikan awal di SMKA Al-Irshad dan kemudiannya menyambung pelajaran ke Kolej Islam Klang (KIK).
Selanjutnya beliau berjaya memasuki Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan peringkat Sarjana.
Sejak di sekolah dan universiti lagi beliau cukup dikenali sebagai tokoh pemidato hebat walaupun beliau sebenarnya seorang yang agak pendiam pada awalnya.
Kebolehan dalam berpidato menjadi bekal paling berharga buat diri beliau sehinggalah ke hari ini.
Saya kenal Ustaz ini sejak di bangku sekolah lagi. Kira-kira tahun 90 an dan saya begitu teruja kerana dapat bersua-muka dengan beliau secara langsung apabila pihak surau menjemput beliau menyampaikan ceramah.
Sehingga sekarang, beliau masih aktif memberikan kuliah dan menyampaikan ceramah.
Kalau anda ingin berhubung dengan beliau boleh pergi ke akau facebook Ustaz Shamsuri Hj Ahmad.
Saya doakan beliau di beri kesihatan dan kekuatan untuk terus berdakwah di atas muka bumi ini.
Kalau anda belum pernah mendengar kuliah beliau, mari kita dengar sama-sama hari ini.
Di bawah ini , saya kongsikan dengan anda Rahsia Rezeki Murah Ustaz Shamsuri Haji Ahmad.
Video Rahsia Rezeki Murah Ustaz Shamsuri Haji Ahmad
Ustaz Shamsuri membacakan sebuah hadith sahih yang menceritakan tentang segolongan manusia yang menjadikan dunia sebagai tujuan hidupnya.
Maka, Allah SWT akan jadikan urusan hidupnya porak peranda. Bahkan, Allah SWT akan menjadikan di antara dua matanya kefakiran.
Jiwanya tidak pernah cukup, walaupun pendapatannya RM15000 sebulan.
Dalam hadith tersebut juga di ceritakan tentang segolongan manusia yang menjadikan akhirat sebagai tujuan hidup.
Maka, Allah SWT akan memudahkan setiap urusan di dunia ini. Malahan, dia akan menjadi kaya jiwa, qanaah, redha, bersyukur dan berpuas hati.
Rezeki akan datang kepadanya dengan mudah walaupun dia tidak mencari dan Allah SWT memberikan rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka.
Poinnya di sini adalah kalau kita menjadikan keredhaan Allah SWT sebagai tujuan dalam setiap pekerjaan kita, maka Allah SWT akan murahkan rezeki kita.
Untuk penjelasan yang lebih lengkap bolehlah anda lihat di dalam video di bawah ini.
Dapatkan panduan lengkap --->>> Formula Rezeki Melimpah Ruah
Saya masih ingat lagi, arwah Tok Lang saya pernah berkata, " Kalau kita cari akhirat, dunia ikut sahaja".
Saya rasa, apa yang Tok Lang saya cakapkan itu sama dengan hadis yang dibacakan oleh Ustaz Shamsuri ini.
Semoga kita mendapat rezeki yang diberkati dan dirahmati Allah SWT.
amalan yang bagus boleh menyebabkan rezeki murah..
ReplyDeleteBetul tu..terima kasih
Deletepernah dengar ceramah ustaz ni dlm cd.. memang best sangat!
ReplyDeleteYA memang best
Delete