Apa aktiviti anda hujung minggu lepas?
Kekayaan kereta mewah |
Kalau anda tidak mahu jawab soalan ini pun saya tidak marah. Kalau anda tanya apa aktiviti saya?
Minggu lepas saya buat macam-macam aktiviti.
Mandikan anak yang berumur 3 dan 4 tahun lebih daripada 3 kali sehari.
Basuh kain lampin dan baju anak yang baru berusia kurang dari 10 hari.
Sidai kain anak-anak, isteri dan sendiri.
Panaskan tungku untuk isteri kesayangan yang sedang dalam berpantang dan banyak lagi.
Semua aktiviti-aktiviti ini dilakukan hanya di rumah. Tetapi boleh tahan juga penatnya.
Alhamdulillah... walaupun nampak macam penat tetapi hati rasa senang bila tengok anak dan isteri nampak selesa.
Ini nikmat yang wajib disyukuri...
Tiba-tiba rasa ingin tulis entri tentang syukur.
RM 1 Juta |
Kisah Seorang Lelaki Yang Menolak Rezeki RM 1 Juta
Berhubung dengan tajuk entri saya, cuba anda hayati dialog antara seorang lelaki dengan seorang alim di bawah ini.
Terdapat seorang anak muda yg merasa dirinya tidak kacak dan tidak kaya. Bahkan hidupnya rungsing dan gelisah setiap masa.
Tiba-tiba datang seorang alim kepadanya dan bertanya.
" Wahai anak muda, kenapa engkau nampak gelisah dan tdk bahagia?"
"Saya merasa bingung dan berfikir... kenapa saya miskin ?"
"Miskin? Bukankah engkau seorang yang kaya?"
"Kenapa engkau boleh cakap saya seorang yang kaya? Bagaimana engkau menilainya?"
"Kalau sekarang kau kehilangan 1 jari tangan kau, saya bagi RM 1000..engkau mahu?
"hmm tentulah tidak mahu "
"Kalau engkau kehilangan tangan kanan engkau, saya bagi RM5000...engkau mahu?"
"mmm.. lagilah tidak mahu"
"Kalau kedua-dua mata engkau buta, saya bagi RM 30,000...engkau mahu?"
"uuu tidak mahu"
"Kalau Allah jadikan engkau orang tua berumur 80 tahun dan berpenyakit engkau mahu? Saya bagi RM 50,000"
"tidak mahu "
"Kalau sekarang kau mati, saya bagi RM 1 juta, engkau mau?"
"eeeeiii tidak mahu"
"Wah..semua yang saya tawarkan anda tidak mahu. RM 1 juta pun tak nak. Ini bermakna engkau seorang yang kaya raya."
Anak muda itu tiba-tiba termenung dan berfikir tanpa kata-kata. Barulah dia faham maksud kekayaan sebenar.
Dan point yang penting di sini adalah tentang sykur.
Rezeki Satay sedap |
Kenapa Kita Wajib Bersykur ?
Jawapannya sudah ada dalam Al-Quran Surat Ibrahim Ayat 7.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
HIDUP adalah WAKTU yang dipinjamkan. HARTA adalah ANUGERAH yang diamanahkan,
Ternyata, bersyukur adalah amalan wajib bagi kita. Kalau kita tidak beryukur bemakna kita mengundan azabNya.
BERSYUKURlah atas nafas yang masih kita miliki, BERSYUKUR atas tubuh yang sihat yang kita masih miliki, BERSYUKUR atas kesihatan yang baik yg masih kita miliki, BERSYUKUR atas keluarga yg masih kita miliki, BERSYUKUR atas teman & sahabat yang masih kita miliki dan BERSYUKUR atas rezeki yang masih kita miliki.
Teruskan bersyukur...
Salah satu azab yang Allah SWT boleh kenakan kepada kita adalah dengan manahan rezeki kita. Rezeki jadi tidak subur.
Anda boleh rujuk penjelasan Ustaz Azhar Idrus tentang rezeki yang ditarik oleh Allah SWT dengan klik --->>> Rezeki Akan Ditarik Kalau Buat Maksiat.
Jangan lupa dapatkan Formula Rezeki Melimpah Ruah Dan Berkat . Klik link di bawah ini --->>>
kita amat kaya sebenarnya dan kaya jangan dilihat dalam bentuk wang semata..mata.
ReplyDeleteBetul tu Mr Hanafi
Deletenice sharing ... erm, baru tahu, ada dua blog rupanya :)
ReplyDeleteterima kasih...saja2 buat banyak blog
Delete