Thursday, November 5, 2015

10 Tip Menjemput Rezeki Yang Diberkati Allah SWT Oleh Dr Zaharuddin

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebagai seorang Islam, kita memang dituntut mencari rezeki yang halal dan berkat.

Namun, dalam kehidupan masa kini, banyak perkara yang membolehkan kita terjebak dalam mendapatkan rezeki yang tidak halal.

Oleh itu, kita perlu berusaha untuk pastikan agar segala pendapatan, perolehan dan penghasilan yang dilakukan benar-benar mengikut syariah yang ditetapkan.

doa murah rezeki     doa rezeki    amalan murah rezeki     ayat rezeki murah    zikir rezeki murah    zikir rezeki    surah murah rezeki  murah rezeki doa murah rezeki zikir murah rezeki amalan murah rezeki selawat murah rezeki tips murah rezeki petua murah rezeki doa mustajab murah rezeki doa panjang umur murah rezeki amalan untuk murah rezeki rahsia murah rezeki murah rezeki in english amalan zikir murah rezeki tip murah rezeki doa mohon murah rezeki rezeki murah himpunan doa murah rezeki surah murahkan rezeki 20 amalan murah rezeki amalan surah murah rezeki bacaan doa murah rezeki ilmu murah rezeki doa doa murah rezeki solat murah rezeki kahwin murah rezeki doa dan amalan murah rezeki wirid murah rezeki youtube doa murah rezeki amalan dan doa murah rezeki doa murah rezeki youtube ayat murahkan rezeki surah amalan murah rezeki rezeki melimpah doa amalan murah rezeki amalan doa murah rezeki amalan amalan murah rezeki
Dr Zaharuddin

10 Tip Menjemput Rezeki Yang Diberkati Allah SWT Oleh Dr Zaharuddin



Untuk itu, hari ini saya ingin kongsikan dengan anda 10 Tip Menjemput Rezeki Yang Diberkati Allah SWT Oleh Dr Zaharuddin.

1.    Jadilah seorang yang gemar beristighfar dan bertaubat


Firman Allah bermaksud ‘dan kepada kaum Thamud, Kami utus kan saudara mereka: Nabi soleh. ia berkata: "Wahai kaum ku! Sembahlah kamu akan Allah! sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. Dia lah Yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadanya Dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya".

2.   Jadilah seorang yang suka bersedekah



Dalam bersedekah, jangan terlalu berkira. Rasulullah SAW ajarkan kita supaya mengambil perhatian tentang 4 faktor iaitu:
i.   Ketika sakit kita berikan sedekah
ii.  Ketika bakhil (kedekut) kita berikan sedekah
iii. Ketika takut miskin kita berikan sedekah
iv.  Ketika berhajat jadi kaya kita berikan sedekah

Lagi banyak kita bersedekah dan lakukan amal kebajikan lagi banyak Allah curahkan kepada kita membalas segala kebaikan kita baik di dunia mahupun di akhirat.

Yang penting, bersedekah dengan ikhlas.

3.   Hindari daripada berbuat dosa


Kita dikira berdosa jika kita melakukan maksiat apatah lagi meninggalkan perkara yang dituntut dalam Islam.

Rezeki boleh tertahan hanya disebabkan banyaknya kita menanggung dosa. Lagi banyak dosa yang kita lakukan sudah pasti keberkatan yang kita mahukan tidak akan menjelma juga.

4.   Teruskan menuntut ilmu


Bukankah kita pernah dengan bahawa " Jika mahu berjaya di dunia, kena ada ilmu dan jika mahu berjaya di akhirat juga perlukan ilmu.

Carilah ilmu jangan berhenti. Perbaiki dan cari kemahiran-kemahiran yang baru. Perkembangkan lagi agar apa yang kita lakukan dapat dipertingkatkan lagi.

Contohnya, cara kita menjual dan berniaga. Perkembangan dan beredaran zaman membuatkan teknik dan cara menjual dan berniaga berubah. Ilmu ini kalau diabaikan boleh menyebabkan kita ketinggalan.

5.   Fokus dan beri tumpuan pada kerja


Setiap pekerjaan kita lakukan perlu di fokuskan dan diberi tumpuan supaya tidak tersasar daripada syariah. Dari kehidupan bawalah pula ke dalam ruang lingkup bisnes kita pula.

Bila kita fokus sudah pasti tumpuan kita benar-benar memberikan keikhlasan dan tidak lakukan sambil lewa begitu sahaja. Berikan yang terbaik hanya dengan fokus dengan apa yang patut kita lakukan.

6.   Betulkan Islam dalam bisnes dan kehidupan


Dalam Islam, setiap perkara tertakluk kepada hukum syarak seperti halal, haram, dosa, pahala dan boleh tak boleh untuk melakukannya.

Jangan main hentam ikut sesuka hati kita sahaja. Islam telah mengajar kita bagaimana cara dan kaedah yang terbaik untuk kita melakukannya.

Begitu ramai ustaz-ustaz dan mentor-mentor yang baik yang boleh kita jadikan rujukan untuk kita sendiri menjaga Agama Islam dalam kehidupan dan perniagaan kita sendiri.

Sebagai contoh meletakkan ayat 1000 dinar dalam premis perniagaan kita tapi malangnya kehidupan kita tidak langsung mencerminkan keislaman kita.

Kalau mahu gantung pun, tidak ada masalah tetapi sebagai satu peringatan buat kita bukannya pelaris atau menarik perhatian orang betapa Islamnya kita.

Sebaik-baiknya hafallah ayat 1000 dinar tersebut dan jadikan zikir harian minta pada Allah untuk melariskan lagi bisnes kita.

7.   Jangan melampau dalam mengiklankan


Berhati-hati dalam memaklumkan produk kita di pasaran. Jangan kerana mahukan laris di pasaran kita gembar gemburkan perkara yang tidak benar, betul dan tepat hanya semata-mata mahu melariskannya sahaja.

Jangan sampai bersumpah mengatakan produk paling bagus dan terbaik di pasaran. Memberikan testimoni yang menipu sehingga sanggup menghilangkan keberkatan. Adakah ini yang kita mahukan sama sekali?

8.   Jujur dan kotakan janji


Sabda Rasulullah SAW ‘Hendaklah kamu selalu berbuat jujur, sebab kejujuran membimbing ke arah kebajikan, dan kebajikan membimbing ke arah syurga. Tiada henti-hentinya seseorang berbuat jujur dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kejujuran sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai orang jujur. Dan hindarilah perbuatan dusta. Sebab dusta membimbing ke arah kejelikan. Dan kejelikan membimbing ke arah neraka. Tiada henti-hentinya seseorang berbuat dusta dan bersungguh-sungguh dalam melakukan dusta sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai pendusta’ (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9.   Dapatkan FEEDBACK


Kenapa perlu ada syok sendiri? Produk laku bukan bermakna kita pandai menjual. Mesti ada sebab lain.

Berani diri dapatkan maklum balas dari pelanggan-pelanggan kita.

Mana yang baik kita jadikan sempadan yang tidak baik kita jadikan teladan agar apa juga komen, aduan dan kritikan diterima dengan hati yang terbuka.

Perbetulkan semula dan jangan diulangi lagi.

10. Bayar hutang

Rasulullah SAW pernah bersabda ‘Diampunkan dosa orang yang mati syahid melainkan berhutang’. Sabda Rasulullah lagi ‘Roh orang yang mati dalam keadaan berhutang akan tergantung rohnya melainkan hutang-hutangnya telah dilunaskan’. Pastikan setiap apa juga kredit yang diperoleh dilunaskan segera bukan dibelanjakan dengan segera untuk diri kita. Kalau kita memerlukan wang ringgit bermakna pihak pembekal juga sama seperti kita yang mahukan juga wangnya bagi tujuan pusingan modal perniagaannya juga.

Firman Allah bermaksud "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan ‘zikrullah’. ketahuilah Dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia yang melakukannya” (Surah Ar-Rad Ayat 28). 

Semakin kuat hati kita mengingati Allah semakin kita mengambil tindakan berhati-hati dan berjaga-jaga dalam melaksanakan jualan dan bisnes yang kita lakukan.

Sekali kita terlalai terhadap Allah hanya kerana cintai kita terlebih terlajak pada dunia sudah pasti akan hilang segala keberkatan dan keredaan Allah terhadap apa yang kita lakukan selama ini.

Amalkan sebaik mungkin tip-tip yang diberikan ini agar keberkatan rezeki dan perolehan yang diperoleh bukan setakat senang di dunia sahaja tetapi juga di akhirat sama.

Saya doakan anda semua berjaya dan mendapat rezeki  yang diberkati.

Ingin dapatkan Formula Menjemput Rezeki Melimpah Ruah klik --->>> Formula Menjemput Rezeki Melimpah Ruah

3 comments: