Thursday, January 21, 2016

Pentingnya Bersemangat Bila Mencari Rezeki

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hemat saya, hari ini sudah ramai yang faham maksud rezeki yang sebenar

Sebabnya, sudah banyak buku-buku, atau bahan-bahan yang bercerita tentang rezeki ini.

Kalau ada yang nampak rezeki itu hanya duit, memang salahlah. 

Rezeki memang tidak terbatas dengan harta dunia sahaja. Ilmu yang bermanfaat adalah rezeki, kemudahan untuk beramal soleh adalah rezeki, isteri yang solehah adalah rezeki, anak-anak juga termasuk rezeki. 
Pentingnya Bersemangat Bila Mencari Rezeki

Pentingnya Bersemangat Bila Mencari Rezeki

Memang banyaklah kalau senaraikan dekat sini.

Oleh kerana sibuk mengejar rezeki, kita lupa bahawa kewajiban kita yang sepatutnya adalh bersyukur atas rezeki yang Allah berikan. 

Bahkan rezeki yang hakiki adalah rezeki yang dapat menegakkan agama kita sehingga menghantarkan kita selamat di akhirat. Inilah rezeki yang sesungguhnya. 

Rezeki yang hanya Allah berikan kepada hamba-hamba pilihan-Nya.

Bila kita mengetahui bahawa ilmu dan amal soleh termasuk rezeki yang bermanfaat, penting bagi semangat untuk menggapainya. 


Kalau kita sanggup menghabiskan waktu untuk mengais rezeki dunia, sepatutnya kita juga semangat untuk mencari rezeki yang lebih bermanfaat, iaitu ilmu dan amal soleh

Ini adalah Rezeki yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat kita. 


Rezeki telah Ditentukan

Perlu diperhatikan, bahawa seluruh rezeki bagi makhluk  telah Allah tentukan. Kaya dan miskin, sakit dan sehat, senang dan susah, termasuk juga ilmu dan amal shalih seseorang pun telah ditentukan. 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

إن أحدكم يجمع خلقه في بطن أمه أربعين يوما نطفة ثم علقه مثل ذلك ثم يكون مضغة مثل ذلك , ثم يرسل إليه الملك فينفخ فيه الروح , ويؤمر بأربع كلمات : بكتب رزقه , وأجله , وعمله , وشقي أم سعيد . فوالله الذي لا إله غيره إن أحدكم ليعمل بعمل أهل الجنة حتى ما يكون بينه وبينها إلا ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل النار , وإن أحدكم ليعمل بعمل أهل النار حتى ما يكون بينه وبينها إلا ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل الجنة
“Sesungguhnya tiap-tiap kalian dikumpulkan penciptaannya dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa nutfah, kemudian menjadi ‘Alaqoh (segumpal darah) selama itu juga lalu menjadi Mudhghoh (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuslah Malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya lalu diperintahkan untuk menuliskan 4 kata : Rizki, Ajal, Amal dan Celaka/bahagianya. maka demi Alloh yang tiada Tuhan selainnya, ada seseorang diantara kalian yang mengerjakan amalan ahli surga sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan surga kecuali sehasta saja. kemudian ia didahului oleh ketetapan Alloh lalu ia melakukan perbuatan ahli neraka dan ia masuk neraka. Ada diantara kalian yang mengerjakan amalan ahli neraka sehingga tidak ada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta saja. kemudian ia didahului oleh ketetapan Alloh lalu ia melakukan perbuatan ahli surga dan ia masuk surga.”(HR. Bukhari 3208 dan HR.Muslim 2643)

Apabila kita sudah tahu bahawa rezeki sudah ditetapkan, bukan bererti kita pasrah dan tidak berusaha mencari rezeki. Pemikiran ini adalah salah.

  

Bersemangat Bila Mencari Rezeki


Bukankah Allah juga memerintahkan kita untuk mengambil sebab dan melarang kita dari bersikap malas? 

Apabila kita sudah mengambil sebab dan mendapatkan hasil yang tidak kita inginkan, maka kita tidak boleh sedih dan berputus asa, termasuk dalam mencari rezeki.

Ini  kerana semuanya sudah merupakan ketetapan Allah. Sehubungan itu Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
 احرص على ما ينفعك واستعن بالله ولا تعجز وإن أصابك شيء فلا تقل لو أني فعلت كان كذا وكذا ولكن قل قدر الله وما شاء فعل
“Bersemangatlah dalam hal yang bermanfaat bagimu. Minta tolonglah pada Allah dan jangalah kamu malas! Apabila kamu tertimpa sesuatu, janganlah kamu mengatakan :’Seaindainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini atau begitu’, tetapi katakanlah : ‘Qoddarullahu wa maa sya’a fa’ala” (HR. Muslim 2664) 

Ingatlah bahawa kudrat untuk kita mencari rezeki adalah dari Allah SWT. Rezeki adalah milik Allah. Semuanya dari Allah SWT untuk Allah SWT.

Buatlah apa pun asalkan mencari keredhaan Allah SWT.

Sila ikut Panduan ini, InsyaAllah rezeki anda mencurah-curah dan melimpah ruah.

No comments:

Post a Comment