Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dalam rumah tangga yang dibina, suami merupakan ketua yang mempunyai peranan penting dalam mentadbir dan mengurus rumah tangga.
|
Rezeki Mee Rebus |
Salah satu perkara penting yang memang tidak boleh diabaikan oleh seorang suami ialah menyediakan nafkah untuk ahli keluarganya.
Untuk menyediakan nafkah kepada ahli keluarga, suami mesti
mencari rezeki dan menjemput rezeki.
Apa beza
mencari rezeki dan
menjemput rezeki ?
Mencari rezeki umpama mencari barang yang hilang. Manakala menjemput rezeki umpama melakukan sesuatu perkara dan tunggu barang itu datang.
Kalau anda memilih untuk mencari rezeki umpama anda berusaha dengan bersungguh-sungguh mencari rezeki walau di mana sahaja.
Tetapi, kalau anda memilih untuk menjemput rezeki bermaksud anda ikut sahaja apa yang Allah SWT ajarkan kepada Rasulullah SAW melalui Al-Quran dan Hadith.
Ini kerana, rezeki adalah milik Allah SWT, bila kita ikut apa yang Allah SWT ajarkan pasti Dia murahkan rezeki kita insyaAllah.
Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda beberapa cara untuk jadi suami yang mampu menjemput rezeki.
Kalau anda mahu panduan yang lengkap sila rujuk di
Panduan Tarik Rezeki Diberkati.
Ingin Jadi Suami Mampu Menjemput Rezeki? Inilah Caranya
Setia pada isteri
Jika syahadat adalah janji
setia pada Allah, Tuhan semesta alam, maka pernikahan adalah janji setia
seorang suami bukan hanya kepada isterinya, belahan jiwa dan
penyempurna dirinya tapi juga pada Allah.
"Bertakwalah kepada Allah pada
(penunaian hak-hak) para wanita karena kalian sesungguhnya telah
mengambil mereka dengan amanah Allah SWT . Dan kalian menghalalkan
kemaluan mereka dengan kalimat Allah. Kewajiban isteri bagi kalian
adalah tidak boleh permadani kalian ditempati oleh seorang pun yang
kalian tidak sukai. Jika mereka melakukan yang demikian, pukullah dengan
pukulan yang tidak menyakiti. Kewajiban kalian pada isteri kalian
adalah memberi mereka nafkah dan pakaian dengan cara yang ma'ruf (H.R.
Muslim).
Suami yang setia akan mendapatkan balasan kesetiaan dan
ketaatan dari isterinya pula, menghasilkan rumah tangga yang sakinah dan
berezeki baik.
|
Rezeki laksa |
Bukankah ketenangan adalah rezeki yang paling utama dari
Allah?
Suami isteri yang saling menjaga kesetiaan akan memberikan
ketenangan di hati masing-masing.
Suami tenang mencari rezeki di luar
rumah dan isteri dengan tenang menunggu suaminya pulang dan ikhlas
dengan pemberian suaminya.
Memiliki rasa cemburu yang wajar terhadap isterinya.
Suami
harus memiliki rasa cemburu pada isteri tapi rasa cemburunya harus yang
wajar dan terpuji.
Cemburu yang terpuji adalah cemburu yang tidak
melampaui batas, sedangkan cemburu yang tercela adalah yang melampaui
batas dan mendorong pelakunya untuk memfitnah /menuduh isterinya
melakukan perbuatan tercela.
Suami yang memiliki rasa cemburu yang besar
dan tidak mempercayai isterinya tidak boleh mencari rezeki dengan
tenang, tidak boleh fokus beribadah kerana fikirannya selalu tertuju pada
isterinya.
Akhirnya boleh terjerumus dalam dosa kerana dibakar oleh cemburu. Cuba hayati firman Allah SWT yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka,
sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa." (Q.S. Al Hujurat
: 12).
Ingatlah bahawa, dosa adalah penghalang rezeki yang paling utama.
Mampu memberikan pengertian dan bimbingan agama kepada isterinya.
Kewajiban
suami selain memberi nafkah pada isteri dan anak-anak adalah wajib mendidik mereka agar sentiasa taat pada Allah.
Hal ini memang sudah disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah
dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia
dan batu, penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar yang tidak
mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan
selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (Q.S. At Tahrim : 6).
Suami
yang mendidik isterinya dengan baik akan menjadikan isteri solehah.
Isteri yang solehah akan mendidik anak-anak yang soleh juga.
Bersama-sama mereka yang selalu mendoakan kelancaran usaha, peruntungan
dan rezeki suami dan orang tuanya.
Tidak membuka aib isterinya pada siapapun.
Ini
adalah bagian cara suami menjaga kehormatan dirinya lewat menjaga
kehormatan isterinya.
Dari Abdurrahman bin Said ia berkata aku mendengar
Abu Said Al Khudri berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda,
"Sesungguhnya orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah SWT
pada hari kiamat adalah suami yang menunaikan hajatnya kepada isterinya
dan isteri yang menunaikan hajatnya pada suaminya, kemudian suami
tersebut menceritakan rahasia isterinya". (H.R. Muslim).
Suami wajib
menjaga isterinya dengan baik, termasuk dari segala sesuatu yang merosakkan
kehormatannya, menjaga harga dirinya dan menjunjung tinggi kehormatan
keluarganya.
Suami adalah pakaian bagi isterinya demikian pula
sebaliknya, harusnya saling menutup aib masing-masing.
Sebagaimana
firman Allah SWT yang bermaksud:
"Mereka adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian
bagi mereka." (Q.S.Al Baqarah : 187).
Bagaimana Allah mahu melimpahkan
rezeki jika seorang suami buruk kedudukannya di sisiNya?
|
Rezeki Mee Goreng |
Mendidik isteri dengan ma'ruf apabila dia melakukan kesalahan
Setiap manusia memang ada kelemahnnya. Jika isteri anda melakukan kesalahan, perlakukan
isteri yang melakukan kesalahan dan tidak taat pada Allah dan RasulNya dengan
cara yang baik.
Cara yang tidak melukai dan menyakiti fizikalnya.
Pukulan
yang ditujukan bukan untuk menyakiti tapi untuk mendidik.
Dari Jabir bin
Abdillah Rasulullah SAW bersabda, .......Takutlah kamu sekalian pada
Allah SWT dalam hal kaum perempuan, karena mereka adalah amanat Allah
SWT yang kamu sekalian ambil, kamu sekalian mendapatkan kehalalan farji
mereka dengan kalimat Allah. Kamu sekalian harus menjaga mereka untuk
kehormatan kamu sekalian dari seseorang yang kamu sekalian tidak sukai.
Jika mereka melakukan hal itu, maka pukullah mereka dengan pukulan yang
tidak melukai.
Menyakiti hati isteri bukan hanya fizikal tapi juga
jiwanya akan membuatnya menderita dan tidak bahagia.
Isteri yang
teraniaya itu doanya dikabulkan Allah.
Kesimpulan
Inilah beberapa cara untuk anda Ingin Jadi Suami Mampu Menjemput Rezeki.
Allah SWT berfirman yang bermaksud " Apa
saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada
satupun yang dapat menahannya, dan apa saja yang dapat ditahan oleh
Allah maka tidak seorang pun yang sanggup melepaskannya sesudah itu. Dan
Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Q.S.Fathir :2).
Suami
yang memiliki ciri-ciri di atas InsyaAllah mampu membentuk keluarga yang
sakinah (mendapat ketenangan), mawaddah (penuh cinta dan kasih sayang),
wa rahmah (penuh dengan belas kasih).
Tambahan rezeki yang diperoleh
oleh keluarga sakinah mawaddah wa rahmah adalah bonus dari Allah SWT.
Bahkan rumah tangga yang bahagia itupun sudah rezeki yang luar biasa
dari Allah yang tidak semua keluarga mendapatkannya. Wallahu alam.
Jangan lupa dapatkan
Panduan Tarik Rezeki Diberkati.
Belum ada komen untuk "Ingin Jadi Suami Mampu Menjemput Rezeki? Inilah Caranya"
Post a Comment