Assalamlualaikum dan salam sejahtera
Bagi anda yang sudah mendirikan rumah tangga. Bersyukurlah kepada Allah SWT. Ia suatu rezeki.
Apabila dianugerahkan anak, maka diluaskan lagi rezeki anda. InsyaAllah. Yakinlah! Tidak ada yang mustahil bagi Allah SWT.
Hari ini saya ingin berkongsi Ciri-Ciri Suami Yang Mudah Menjemput Rezeki.
Tetapi, kalau anda bukan seorang suami, bolehlah anda kongsikan artikel ini dengan suami anda atau orang lain.
|
Kenali Ciri-Ciri Suami Yang Mudah Menjemput Rezeki |
Kenali Ciri-Ciri Suami Yang Mudah Menjemput Rezeki
Salah satu tanggungjawab bagi seorang suami adalah mencari rezeki untuk menyara hidup setiap ahli keluarganya.
Namun begitu, bagaimana ciri-ciri suami yang mudah rezeki itu?
Ciri-ciri suami yang mudah rezeki
#1 Suami yang taat pada Allah dan RasulNya.
Apa maksud Taat? Ia boleh dimaksudkan sebagai mahu terima, mahu ikut dan mahu melaksanakan.
Suami yang taat boleh menjalankan tuntutan agama dengan sebenar-benarnya, melakukan apa yang diperintahkan Allah dan menjauhi laranganNya.
Suami seperti ini akan terhindar dari murka Allah SWT dan tidak lupa mensyukuri nikmat dan rezeki yang diterimanya.
Dengan mensyukuri segala nikmat atau rezeki yang Allah SWT kurnia, insyaAllah akan bertambah dan berkembang rezekinya sehingga tercapai kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat.
Firman Allah SWT yang bermaksud,
" Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya, maka mereka adala orang-orang yang mendapat kemenangan (Q.S. An Nuur : 52)
#2 Menjalankan kewajibannya dan mencari nafkah bagi keluarganya.
Memang mencari nafkah untuk memenuhi keperluan isteri dan anak-anaknya adalah tanggungjawab suami.
Kenyataan ini memang termaktub dalam firman Allah SWT yang bermaksud:
" Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada isterinya dengan cara yang ma'ruf. (Q.S. Al Baqarah : 233).
Suami yang mencari rezeki yang baik dan halal bakal dimudahkan dan ditambah jumlahnya oleh Allah SWT. InsyaAllah.
Apabila mendapat rezeki sewajarnya, tidak berlebih-lebihan dan juga tidak membazir, disesuaikan dengan kemampuannya.
#4 Mengauli isterinya dengan baik.
Menggauli isteri dengan baik bermaksud tidak menyakiti, tidak kasar dan
zalim pada isterinya.
Selain itu, tidak menangguhkan hak isteri padahal mampu serta
menampakkan wajah manis dan ceria di depan isteri.
Hal ini juga ada dalilnya. Cuba rujuk firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan bergaullah
dengan mereka secara baik." (Q.S. An Nisa : 19).
Rasulullah SAW pun pernah bersabda yang bermaksud
" Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya." (H.R.Tirmidzi).
Dalam hadits yang lain juga disebutkan,
"Bertakwalah kepada Allah dalam memperlakukan para wanita, kerana kalian telah mengambil mereka (sebagai isteri) dengan perjanjian Allah dan menghalalkan hubungan suami isteri dengan kalimat Allah (H.R, Muslim dari Jabir).
Ibnu Katsir rahimahumullah berkata, " Berkatalah yang baik kepada isteri kalian, perbaikilah amalan dan tingkah laku kalian kepada isteri. Berbuat baiklah sebagaimana kalian suka jika isteri kalian berbuat baik kepada kamu."
Suami yang menggauli isterinya dengan baik akan mempengaruhi kebahagiaan isterinya dan Isteri yang bahagia itu menarik hal-hal yang postif dalam rumah tangga, termasuk rezeki.
#5 Membuat isteri merasa tenang.
Setiap orang ada kelemahan dan kekurangannya termasuk isteri anda. Ini ketetapan Allah SWT.
Jadi, suami perlu berusaha memahami keadaan isterinya dengan baik serta menerima
kekurangan dan kelemahannya.
Allah SWT jadikan wanita adalah mahluk emosional dan boleh bertindak secara
emosional. Jadi seorang suami yang baik harus mengerti emosional
isterinya dengan baik.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
"Seorang mukmin tidak boleh membenci seorang mukminah. Jika ada satu
perangai yang tidak disukainya, maka ada perangai lain yang disukainya
"(H.R. Muslim).
Isteri yang tenang jiwanya dan didukung oleh cinta dan
kasih sayang suaminya akan menjadi harta dan rezeki yang paling berharga
buat suaminya.
Kesimpulan
Untuk menjadi suami yang mudah menjemput rezeki, jadilah seorang suami yang soleh.
Suami yang ada ilmu dunia dan akhirat. Suami yang mengamalkan ilmu yang dipelajarinya.
Dia menjadi seorang yang baik terhadap isteri dan setiap ahli keluarganya.
Apabila suami dan isteri hidup dengan aman bahagia itulah rezeki yang tidak ternilai harganya.
Sama-sama kita berselawat dan berdoa agar diberi limpahan nur yang dapat menyuluh jalan kebenaran.
Belum ada komen untuk "5 Ciri Suami Yang Mudah Menjemput Rezeki"
Post a Comment