Dalam rumah tangga yang dibina, suami merupakan ketua yang mempunyai peranan penting dalam mentadbir dan mengurus rumah tangga.
Rezeki Mee Rebus |
Salah satu perkara penting yang memang tidak boleh diabaikan oleh seorang suami ialah menyediakan nafkah untuk ahli keluarganya.
Untuk menyediakan nafkah kepada ahli keluarga, suami mesti mencari rezeki dan menjemput rezeki.
Apa beza mencari rezeki dan menjemput rezeki ?
Mencari rezeki umpama mencari barang yang hilang. Manakala menjemput rezeki umpama melakukan sesuatu perkara dan tunggu barang itu datang.
Kalau anda memilih untuk mencari rezeki umpama anda berusaha dengan bersungguh-sungguh mencari rezeki walau di mana sahaja.
Tetapi, kalau anda memilih untuk menjemput rezeki bermaksud anda ikut sahaja apa yang Allah SWT ajarkan kepada Rasulullah SAW melalui Al-Quran dan Hadith.
Ini kerana, rezeki adalah milik Allah SWT, bila kita ikut apa yang Allah SWT ajarkan pasti Dia murahkan rezeki kita insyaAllah.
Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda beberapa cara untuk jadi suami yang mampu menjemput rezeki.
Kalau anda mahu panduan yang lengkap sila rujuk di Panduan Tarik Rezeki Diberkati.
Ingin Jadi Suami Mampu Menjemput Rezeki? Inilah Caranya
Setia pada isteri
Jika syahadat adalah janji setia pada Allah, Tuhan semesta alam, maka pernikahan adalah janji setia seorang suami bukan hanya kepada isterinya, belahan jiwa dan penyempurna dirinya tapi juga pada Allah.
"Bertakwalah kepada Allah pada (penunaian hak-hak) para wanita karena kalian sesungguhnya telah mengambil mereka dengan amanah Allah SWT . Dan kalian menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimat Allah. Kewajiban isteri bagi kalian adalah tidak boleh permadani kalian ditempati oleh seorang pun yang kalian tidak sukai. Jika mereka melakukan yang demikian, pukullah dengan pukulan yang tidak menyakiti. Kewajiban kalian pada isteri kalian adalah memberi mereka nafkah dan pakaian dengan cara yang ma'ruf (H.R. Muslim).
Suami yang setia akan mendapatkan balasan kesetiaan dan ketaatan dari isterinya pula, menghasilkan rumah tangga yang sakinah dan berezeki baik.
Rezeki laksa |
Bukankah ketenangan adalah rezeki yang paling utama dari Allah?
Suami isteri yang saling menjaga kesetiaan akan memberikan ketenangan di hati masing-masing.
Suami tenang mencari rezeki di luar rumah dan isteri dengan tenang menunggu suaminya pulang dan ikhlas dengan pemberian suaminya.
Memiliki rasa cemburu yang wajar terhadap isterinya.
Suami harus memiliki rasa cemburu pada isteri tapi rasa cemburunya harus yang wajar dan terpuji.
Cemburu yang terpuji adalah cemburu yang tidak melampaui batas, sedangkan cemburu yang tercela adalah yang melampaui batas dan mendorong pelakunya untuk memfitnah /menuduh isterinya melakukan perbuatan tercela.
Suami yang memiliki rasa cemburu yang besar dan tidak mempercayai isterinya tidak boleh mencari rezeki dengan tenang, tidak boleh fokus beribadah kerana fikirannya selalu tertuju pada isterinya.
Akhirnya boleh terjerumus dalam dosa kerana dibakar oleh cemburu. Cuba hayati firman Allah SWT yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa." (Q.S. Al Hujurat : 12).
Ingatlah bahawa, dosa adalah penghalang rezeki yang paling utama.
Mampu memberikan pengertian dan bimbingan agama kepada isterinya.
Kewajiban suami selain memberi nafkah pada isteri dan anak-anak adalah wajib mendidik mereka agar sentiasa taat pada Allah.
Hal ini memang sudah disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (Q.S. At Tahrim : 6).
Suami yang mendidik isterinya dengan baik akan menjadikan isteri solehah. Isteri yang solehah akan mendidik anak-anak yang soleh juga.
Bersama-sama mereka yang selalu mendoakan kelancaran usaha, peruntungan dan rezeki suami dan orang tuanya.
Tidak membuka aib isterinya pada siapapun.
Ini adalah bagian cara suami menjaga kehormatan dirinya lewat menjaga kehormatan isterinya.
Dari Abdurrahman bin Said ia berkata aku mendengar Abu Said Al Khudri berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah SWT pada hari kiamat adalah suami yang menunaikan hajatnya kepada isterinya dan isteri yang menunaikan hajatnya pada suaminya, kemudian suami tersebut menceritakan rahasia isterinya". (H.R. Muslim).
Suami wajib menjaga isterinya dengan baik, termasuk dari segala sesuatu yang merosakkan kehormatannya, menjaga harga dirinya dan menjunjung tinggi kehormatan keluarganya.
Suami adalah pakaian bagi isterinya demikian pula sebaliknya, harusnya saling menutup aib masing-masing.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
"Mereka adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka." (Q.S.Al Baqarah : 187).
Bagaimana Allah mahu melimpahkan rezeki jika seorang suami buruk kedudukannya di sisiNya?
Rezeki Mee Goreng |
Mendidik isteri dengan ma'ruf apabila dia melakukan kesalahan
Setiap manusia memang ada kelemahnnya. Jika isteri anda melakukan kesalahan, perlakukan isteri yang melakukan kesalahan dan tidak taat pada Allah dan RasulNya dengan cara yang baik.
Cara yang tidak melukai dan menyakiti fizikalnya.
Pukulan yang ditujukan bukan untuk menyakiti tapi untuk mendidik.
Dari Jabir bin Abdillah Rasulullah SAW bersabda, .......Takutlah kamu sekalian pada Allah SWT dalam hal kaum perempuan, karena mereka adalah amanat Allah SWT yang kamu sekalian ambil, kamu sekalian mendapatkan kehalalan farji mereka dengan kalimat Allah. Kamu sekalian harus menjaga mereka untuk kehormatan kamu sekalian dari seseorang yang kamu sekalian tidak sukai.
Jika mereka melakukan hal itu, maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai.
Menyakiti hati isteri bukan hanya fizikal tapi juga jiwanya akan membuatnya menderita dan tidak bahagia.
Isteri yang teraniaya itu doanya dikabulkan Allah.
Kesimpulan
Inilah beberapa cara untuk anda Ingin Jadi Suami Mampu Menjemput Rezeki.
Allah SWT berfirman yang bermaksud " Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada satupun yang dapat menahannya, dan apa saja yang dapat ditahan oleh Allah maka tidak seorang pun yang sanggup melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Q.S.Fathir :2).
Suami yang memiliki ciri-ciri di atas InsyaAllah mampu membentuk keluarga yang sakinah (mendapat ketenangan), mawaddah (penuh cinta dan kasih sayang), wa rahmah (penuh dengan belas kasih).
Tambahan rezeki yang diperoleh oleh keluarga sakinah mawaddah wa rahmah adalah bonus dari Allah SWT.
Bahkan rumah tangga yang bahagia itupun sudah rezeki yang luar biasa dari Allah yang tidak semua keluarga mendapatkannya. Wallahu alam.
Jangan lupa dapatkan Panduan Tarik Rezeki Diberkati.
No comments:
Post a Comment