Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya, saya tidak gemar menggunakan perkataan stress tetapi ramai yang faham perkataan ini, jadi saya pun gunalah juga perkataan stress.
Perkataan yang saya suka adalah tidak tenang. Bukankah sama juga maksudnya?
Baiklah, berbalik kepada tajuk di atas saya ingin tanya anda pernahkah anda rasa stress atau tidak tenang dalam kehidupan anda?
Saya rasa pasti ramai yang jawab ya.
Ada seorang ustazah cakap dalam siaran radio bahawa sebagai seorang Islam, sepatutnya tidak rasa stress sebab...
Untuk menerangkan hal ini saya suka untuk sampaikan dalam cerita. Jangan marah ye..
Seorang ustazah yang mengajar di sebuah sekolah memiliki peribadi yang baik, ramah dan mudah tersenyum.
Jarang sekali melihat dia marah-marah kepada pelajarnya.
Meskipun beban kerja semakin hari semakin bertambah di samping terpaksa melayan kerenah pelajar-pelajar yang nakal, dia tetap tersenyum seolah-oleh tiada masalah yang membebankan hidupnya.

Memang Tidak Sempat Untuk Kita Rasa Stress Sebab...
Seorang ustazah yang mengajar di sebuah sekolah memiliki peribadi yang baik, ramah dan mudah tersenyum.
Jarang sekali melihat dia marah-marah kepada pelajarnya.
Meskipun beban kerja semakin hari semakin bertambah di samping terpaksa melayan kerenah pelajar-pelajar yang nakal, dia tetap tersenyum seolah-oleh tiada masalah yang membebankan hidupnya.
Makan ABC boleh kurangkan strees |
Sepanjang perkenalannya dengan ustazah ini, belum pernah dia melihat ustazah ini marah-marah yang keterlaluan di sekolah dan juga di luar dari sekolah.
Dia mungkin pernah meninggikan suara kerana memanggil pelajarnya yang tidak mendengar panggilannya.
Melihat kepada perilaku usatazah ini dia begitu hairan dan teruja ingin mengetahui apakah rahsianya. Pada suatu hari ketika waktu rehat, seperti biasa mereka akan makan bersama di kantin sekolah.
Usai menjamah makanan tengahari di kantin, guru matematik itu bertanya kepada rakannya yang dipanggil dengan nama Hafizah.
"Hafizah, kamu sudah siap laporan yang guru besar minta dua hari lepas?"
"Belum lagi. Tinggal lagi separuh untuk disiapkan."
"Saya pun belum siap lagi. Sekarang ini, beban kerja kita semakin bertambahlah aku rasa."
"Betul juga. Saya pun rasa begitu juga. Tapi sudah memang kerja kita terpaksalah kita buat"
"Kamu mengajar kelas 5 Cempaka kan?"
"Iya, kenapa?"
"Kamu tidak rasa pelajar-pelajar kelas itu nakal-nakal kah?
"Em...saya rasa biasa sahaja."
"Hafizah, saya berasa pelik dengan kamu ini. Seolah-olah tiada masalah dalam hidup kamu. "
"Ina, saya ini manusia biasa macam kamu juga, bukannya malaikat yang tidak mempunyai perasaan."
"Saya lihat kamu sentiasa ceria dan senyum sahaja. Kamu tidak pernah rasa stress kah?"
"Ina, sebenarnya dalam tempoh dua puluh empat jam yang Allah SWT berikan kepada kita, tidak sempat untuk kita stress. Kalaupun kita stress tempohnya sekejap sahaja."
" Saya kurang faham."
"Cuba kita fikir sekejap. Kita datang kerja lebih kurang pukul 7 pagi. Lebih kurang pukul 9 pagi kita boleh mengadu hal kita kepada Allah SWT ketika solat sunat Dhuha.
Pada pukul 1 lebih pula Allah SWT menunggu kita merayu-rayu menerusi solat zohor. Lebih kurang pukul 4 petang pula Allah SWT menanti permintaan kita dalam solat Asar.
Selepas kita pulang ke rumah, Allah SWT menunggu pula kita untuk bersolat Maghrib dan sebelum tidur, sekali lagi Allah SWT membuka ruang untuk kita mengadu kepadanya menerusi solat Isyak."

"Oh, begitu."
Fikirkan
Allah SWT sentiasa memberi ruang dan peluang untuk kita mengadu masalah dan meminta pertolongan. Ibadah solat merupakan anugerah Allah SWT yang istimewa untuk kita semua. Ibadah ini disampaikan secara langsung dari Allah SWT kepada Rasulullah SAW tanpa perantara.
Di samping itu, terdapat banyak kelebihan dan hikmah solat yang diamalkan. Seandainya kita mampu menjaga dan menyempurnakan ibadah ini, insya-Allah kita akan diselubungi dengan ketenangan.
Di samping itu, terdapat banyak kelebihan dan hikmah solat yang diamalkan. Seandainya kita mampu menjaga dan menyempurnakan ibadah ini, insya-Allah kita akan diselubungi dengan ketenangan.
No comments:
Post a Comment