Kayu pengukur untuk menilai kecantikan sebenar manusia bukan ketentuan yang dibuat oleh akal fikiran manusia yang tersasar jauh dari Islam seperti menilai kecantikan kaum wanita dalam pertandingan ratu cantik. Kecantikan asli yang di salah ertikan membawa kepada kemusnahan masyarakat. Kecantikan fizikal yang asli dipalsukan lagi dengan menconteng wajahnya menjadi berwarna warni dengan tujuan menunjuk-menunjuk dan menarik orang lain sebenarnya membuatkan syaitan ketawa dan menarik diri serta orang lain untuk mendaftar untuk menjadi ahli neraka. Nauzubillahiminzalik!
Sejarah kejadian manusia yang dirakamkan dalam Al-Quran telah jelas menunjukkan bahawa manusia ini terdiri daripada dua unsur iaitu zahir(jasmani) dan batin (rohani). Sekiranya kecantikan zahir sahaja yang dilihat bermakna kecantikan tersebut hanyalah palsu. Begitu juga dengan kecantikan batin sahaja yang dinilai juga dianggap kecantikan palsu.
Kecantikan original ialah kecantikan asli menurut pandangan Islam yang melihat kepada kecantikan unsur rohani dan jasmani. Rohani wanita cantik ialah seorang wanita yang bersembunyi di sebalik jasmaninya, jiwa yang pasrah tunduk terhadap ketentuan Allah S.W.T. dan Rasul. Islam meletak ukuran kecantikan wanita terhadap kebersihan dari segala unsur yang bertentang dengan hukum Allah S.W.T.
Kecantikan menurut Islam yang saya terangkan secara ringkas di atas sebenarnya bukan merujuk kepada kaum wanita sahaja malah golongan lelaki juga perlu menyediakan diri dengan ilmu dan amal untuk menjadi insan yang mempunyai kecantikan original.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Kecantikan Original"
Post a Comment