Apakah ciri-ciri wanita solehah?
Allah S.W.T ada menyatakan tentang ciri-ciri wanita dalam Al-Quran Surah An-Nissak ayat 34. Iaitu wanita yang soleh ialah wanita yang:
- taat Allah S.W.T.
- taat suaminya
Seorang wanita yang mentaati Allah dan Rasul secara langsungnya dia mentaati suaminya dalam keadaan susah atau senang, suka atau tidak suka.
Antara point penting dalam mentaati Allah S.W.T. ialah:
- Melebihkan cinta kepada Allah S.W.T dan Rasul S.A.W, berjihad melebihi keduniaan
- Menutup aurat ( berpakaian takwa) dan tidak berhias untuk mempamerkan kecantikan, melainkan dalam rangka ketaatan
- Tidak berhias dan tidak berkelakuan seperti wanita jahiliah
- Tidak bepergian bersendirian dan tidak mendampingi mana-mana lelaki kecuali bersama muhrim
- Saling membantu dalam rangka kebenaran, kebajiakan dan takwa
- Berbuat baik terhadap ibu bapa
- Sentiasa berinfak
Antara point penting dalam mentaati suami ialah:
- Kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami dan mengasihi anak-anak
- Menjaga kehormatan diri di ketika suami tiada di rumah
- Tidak menolak ketika suami mengajak tidur
- Tidak keluar tanpa izin suaminya
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suaminya
- Tidak meremehkan pemberian suaminya dan menutup rahsia keluarga dan tidak mencari alasan untuk bercerai
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumah tangga
- Tidak menerima tamu yang dibenci oleh suaminya apatah lagi bermesra
Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang wajib dipelajari oleh kaum lelaki dan wanita muslim kerana apa yang saya tuliskan ini hanya lah nota kecil saya ringkaskan daripada buku wanita solehah ciri-ciri dan fungsi karangan Abu Mohd Jibril. Untuk mengetahui dengan legih lanjut boleh la dapatkan di kedai-kedai buku.
Proses menuntut ilmu takkan habis sehingga liang lahad dan bermula dari buaian. Untuk hidup di dunia perlukan ilmu dan untuk hidup di akhirat juga perlukan ilmu. Oleh itu, marilah kita terus mencari ilmu dan bukan sekadar menunggu sehingga rohani telah terpisah daripada jasad.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Ciri-Ciri Wanita Solehah"
Post a Comment