Saya tertarik untuk berkongsi tentang sebuah buku yang saya baca karangan Abu Mohd Jibril tentang wanita solehah, ciri-ciri dan fungsi. Antara isi yang ingin saya utarakan untuk kali ni ialah tentang peranan wanita solehah. Sememangnya peranan wanita solehah teramat diperlukan dalam usaha mengembangkan pembangunan insan apatah lagi di ketika masyarakat manusia kini yang sedang dilanda dengan pelbagai keruntuhan nilai serta peradaban. Bermula fungsi wanita solehah adalah dari rumah sebagai isteri kepada suami, kemudiannya sebagai ibu kepada anak-anak sehingga penglibatan mereka ke dalam bidang kerjaya dan kemasyarakatan sebenarnya dapat mewarnai kehidupan umat ini dengan budi dan pekerti yang luhur kerana keterampilan mereka sebagai insan yang dekat dengan sisi Allah S.W.T. Lantaran itu, setiap wanita harus tahu batas-batas peranannya dalam melaksanakan amanah Allah S.W.T. agar nanti akan terbina mahligai syurga di dunia sebelum mendiaminya di akhirat kelak.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Peranan Wanita Solehah"
Post a Comment