Saya hendak mengajak semua mengimbas kembali sejarah zaman Jahiliah sebelum kedatangan Islam di mana anak-anak perempuan ditanam hidup-hidup menjadi kebiasaan bagi masyarakat Arab. Apatah lagi golongan Yahudi dan Nasrani yang memberi penilaian bahawa "Kerana wanita, syaitan mendapat kemenangan, dan oleh sebab dia pula syurga pun menjadi hilang" dan banyak lagi tanggapan menghina terhadap golongan wanita. Tetapi pihak wanita jangan merasa kecewa dan putus asa dengan kritikan dan tohmahan yang tidak berasas ini.
Mari kita melihat dalam sebuah hadith Nabi S.A.W. yang di Riwayat oleh Muslim yang bermaksud "Dunia adalah tempatnya kenikmatan dan seindah-indah kenikmatan (kesenangan) adalah wanita solehah".
Banyak lagi hadith Nabi S.A.W atau kata-kata hikmah yang menyifatkan keutamaan wanita solehah seperti " Wanita itu tiang negara, bila dia (wanita) baik, maka baiklah negara itu, tetapi bila dia rosak maka rosak pula lah negara itu".
Oleh itu, layaklah bagi wanita merasa bertuah dengan sanjungan yang diberikan malah banyakkan bersyukur kerana Islam sangat menyanjung tinggi martabat wanita. Sebagai tanda bersyukur taat lah perintah Allah S.W.T. tinggallah larangan-NYA...
InsyaAllah nanti saya sambung lagi...
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Keutamaan Wanita Solehah"
Post a Comment