Ya, sebagai seorang yang mengaku beriman, kita memang perlu ambil tahu tentang pahaman-pahaman yang memang banyak dalam dunia ini.
Ini kerana ia ada hubungkait dengan pagangan hidup kita dalam beragama.
Ancaman Sekularisme
Salah satu fahaman yang telah lama bertapak dan sedang menular di seluruh negara Malaysia yang membawa
kehancuran akidah Islam ialah
sekularisme.
Secara ringkas sekularisme membawa makna tanpa agama iaitu tanpa akidah dan fahaman ini sering dikaitan dengan kehidupan duniawi.
Fahaman ini merupakan perancangan Yahudi yang bertujuan memporak-perandakan agama Kristian daripada negaranya dan fahaman ini telah tersebar dengan jayanya ke timur terutamanya negara-negara Islam.
Fahaman ini bukan sekadar memisahkan 'politik dan agama' malah ke segenap sudut dan lapangan agama.
Fahaman ini menyusup dangan cukup halus ke dalam ruang kehidupan umat Islam sehingga umat Islam kini sudah tersasar jauh daripada agama Islam.
Sebagai contoh sekularisme berjaya menyuntik pemikiran umat Islam bahawa agama hanya terbatas kepada masalah-masalah yang bersifat individual seperti nikah kahwin, talak, nafkah, iddah, waris, kematian dan membaca doa semata-mata.
Orang-orang sekularisme menyebarkan fahaman ini melalui pelbagai cara seperti melalui undang-undang, pendidikan dan media massa.
Penjelasan secara terpirinci boleh lah di rujuk kepada guru-guru agama yang arif dan pembacaan kepada bahan-bahan yang boleh diyakini.
Di sini saya ingin memberi contoh apa yang telah saya dengar dalam kehidupan kita mencerminkan ancaman sekularisme dan saya rasa anda di luar sana juga pernah mendengar cakap sebegini :
Berkata seorang lelaki melayu tua, "buat apa engkau nak cakap pasal agama engkau bukan dari bidang agama".
Berkata seorang perempuan melayu tua, yang lebih kurang macam ni "nak, kamu pegi sekolah jangan terpengaruh dengan perkara-perkara lain dalam hal agama, Islam suruh kita solat, puasa, zakat dan haji saja, yang lain tak payah".
Sedangkan agama Islam merupakan Ad-Din dan bersifat syumul yang meliputi segenap sudut cara hidup.
Maka hasilnya kini ramai para intelek dalam bidang masing seperti pendidik, arkitek, jurutera, doktor, juruteknik dan sebagainya yang hanya memiliki ilmu dalam bidang masing-masing sahaja tanpa pengamalan ajaran agama Islam dengan menyeluruh.
Natijahnya,tidak hairanlah ramai orang-orang yang terlibat dengan jenayah, kemungkaran, ajaran sesat dan lain-lain lagi merupakan golongan cerdik pandai dari segi akademik.
Sepatutnya golongan yang dianggap intelektual menjadi contoh teladan kepada golongan lain, sebaliknya mereka menyebarkan pemikiran dan amalan kesesatan ke dalam masyarakat.
Semua pihak betanggungjawab menghalang fahaman ini daripada terus tersebar dan kepada individu muslim, marilah kita terus dan terus mencari gali ilmu untuk meningkatkan kefahaman agama Allah S.W.T. yang sebenar-benarnya.
Gambar Artatuk daripada: http://retorika.wordpress.com/2008/03/18/sekularisme-solusi-terbaik-menuju-kemakmuran/
Sumber:
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Ancaman Sekularisme"
Post a Comment