Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sebelum ini saya pernah menyebut tentang perkara-perkara yang menjadi penghalang dalam untuk kita berjaya, iaitu:
- Sekatan Peribadi
- Bual Diri
- Kesan Pigmalion
- Kepercayaan Berbahaya
- Sanggup Menangguhkan Kepuasan
- Orientasi Waktu
- Nasib
Jadi hari ini saya ingin jelaskan sedikit secara ringkas ke tujuh-tujuh perkara tersebut.
Sekatan peribadi.
Terdapat segelintir manusia yang merasakan dirinya disekat dengan pelbagai jenis peraturan yang menyekat mereka daripada melakukan apa yang mereka hendak lakukan dengan bebas. Sebagai contoh, pekerja bawahan. Perasaan tersebut ialah andaian bahawa kita tidak mempunyai kuasa untuk melakukan apa yang hendak lakukan. Natijahnya, perasaan sebegitu memghadkan seseorang untuk terus maju. Jadi, sekiranya ada perasaan sebegini kita perlu ubah dengan menyediakan matlamat dan kita rancang untuk menuju kepada matlamat tersebut.
Bual Diri
Ada ketika kita akan bercakap bersendirian atau juga dikenali dengan 'bual diri' atau 'dialog diri'. Islam mengajar kita bersangka baik dan pakar-pakar motivasi sering menggalakkan kita berfikiran positif. Cara melatih diri agar sentiasa bersemangat dan bermotivasi ialah dengan selalulah menyebut perkataan yang baik-baik dan memberangsangkan kepada diri sendiri seperti:
"Aku pandai."
"Aku ada kebolehan."
"Masalah ini aku boleh atasi."
Sebaliknya, kalau kita sering berbual diri dengan percakapan sebegini:
"Aku tidak pandai."
"Aku takut gagal."
"Aku banyak masalah."
maka keyakinan diri kita semakin menurun dan akan mendorong kepada kegagalan.
Kesan PigmalionKesan Pigmalion ialah ramalan yang menjadi kenyataan. Kenapa nama Kesan Pigmalion diberi adalah kerana nama ini diambil dari watak dari Yunani. Tumpuan di sini ialah apa yang kita ramalkan samaada melalui ucapan atau fikiran boleh menjadi kenyataan. Memang di dalam Islam telah diajarkan bahawa niat adalah doa, ucapan juga doa. Jadi bila kita suka menyebut seolah-olah kita memohon kepada Allah untuk jadi seperti apa yang kita sebutkan walaupun sebenarnya kita tidak menyukai. Kalau kita suka menyebut seperti 'soalan ujian tu susah' sedangkan kita belum melalui berkemungkinan ramalan kita menjadi kenyataan. Berhati-hati dengan ucapan, bagi saya perkara yang kita tidak suka tolong lah jangan sebut, lebih baik diam sahaja, dapat pahala.
Kepercayaan BahayaSetiap orang mempunyai pelbagai kepercayaan sendiri. Sebenarnya perkara yang menjadi kepercayaan kita adalah betul dan membawa kepada kebaikan. Namun, sebahagian daripada kepercayaan kita boleh mendatangkan bahaya. Contohnya kita percaya:
"Ini sajalah rezeki aku."
"Aku tak ada peluang dah."
"Aku dah cuba, tidak boleh buat apa dah"
"Ibu bapa aku tak sayang kat aku dah"
"Cikgu dah benci aku."
Sebenarnya kepercayaan ini tidak logik dan akan merugikan diri kita sendiri.
Sanggup Menangguhkan KepuasanManusia yang berciri-ciri untuk gagal ialah mereka yang tidak dapat menangguh kepuasan atau tidak dapat menahan nafsu. Contohnya pekerja yang baru dapat gaji, dia terus habiskan dengan membeli barang yang dia idamkan sampai tiada simpanan.
NasibAda sesetengah orang sangat percaya kepada nasib kurang berjaya kerana tidak mahu bertanggungjawab ke atas kegagalan sendiri. Apabila gagal, mereka menyalahkan nasib dan mereka tidak melakukan apa perubahan.
Untuk penjelasan yang lebih jelas dan terperinci boleh lah membaca buku karangan Ainon Mohd. Dan Abdullah Hassan yang bertajuk Mendorong Diri Sendiri.
Marilah kita terus dan terus belajar dan beramal...
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar TerhadapPerkara Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Halangan Diri"
Post a Comment