Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Saya fikir secara mudah, apa yang kita niatkan adalah doa dan apa yang kita cakapkan juga doa. Setiap doa Allah S.W.T. akan makbulkan cuma lambat atau cepat. Jadi untuk membentuk diri kita jadi baik maka kita selalulah kita menyebut perkara yang baik-baik dan memikirkan perkara baik-baik. Insya Allah kita boleh jadi baik.
Saya bagi contoh, hari ini kami satu kelas diberi lagi satu tugasan yang mesti disiapkan dalam masa tertentu. Kalau kita terus mengeluh "Ala..banyaknya kerja, bertambah lagi, serabut la" dan bermacam lagi yang seolah-olah kita sahaja yang banyak sahaja akan memberi kesan yang negatif. Malah fikiran kita akan menjadi lebih beban dan emosi kita juga akan menjadi tidak dikawal. Kerja yang semakin bertambah tidak akan dapat dibuat atau lambat untuk dibuat kalau kita berfikiran negatif seolah-olah kita berdoa untuk menjadi berserabut.
Sebab itu, kita sering mendengar pakar motivasi atau kaunseling meyarankan kita supaya berfikiran positif. Cubalah! InsyaAllah berjaya.
Untuk mengetahui cara berfikiran positif, banyakkan mendengar ceramah-ceramah agama dan motivasi serta membaca bahan-bahan motivasi supaya dapat merangsang pemikiran kita untuk sentiasa berfikiran positif.
Marilah kita terus menuntut ilmu dan beramal...
Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis )
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Fikirlah Yang Baik-Baik"
Post a Comment