Imam Al-Ghazali berpesan kepada para penuntut ilmu bahawa agama itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
1. Meninggalkan maksiat
2. Mengerjakan taat
Meninggalkan maksiat adalah lebih berat atau susah daripada mengerjakan taat. Mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat ) hanya dapat dilakukan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar).
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
“Orang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah daripada kejahatan (meninggalkan maksiat). Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya.”
Sumber:
Abu Hamid Al-Ghazali (meniggal pada tahun 505 H), terjemahan Abul Ali Al Banjari An Nadwi (1994). Bidayatul Hidayah. Kedah: Pustaka Alwasit Sdn. Bhd.
Marilah menuntut ilmu dan beramal...
Menuntut ilmu itu wajib bagi muslimin dan muslimat
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Meninggalkan Maksiat"
Post a Comment