Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari-hari yang berlalu dalam bulan Ramadhan telah mencapai hari ke 20.
Ahli-ahli sufi, arifin, ahli ibadat dan beberapa golongan yang dekatnya mereka dengan Allah SWT berada dalam keadaan gembira dan sedih.
Gembira kerana mereka semakin merasai kenikmatan beribadat dipenghujung bulan mulia ini. Malam lailatul qadar yang sangat dicari mudah-mudahan kesampaian untuk Ramadhan kali ini.
Sedih kerana Ramadhan akan melabuhkan tirainya hampir 10 hari sahaja lagi.
Bagi sesetengah orang yang berada dalam makam awam juga ada yang berkeadaan sedih dan gembira.
Gembira kerana puasa hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tidak perlu hendak berlapar di siang hari.
Sedih kerana perbelanjaan akan menjadi banyak, keperluan raya, zakat fitrah dan sebagainya.
Marilah menuntut ilmu dan beramal...
Ramadhan masih ada, peluang untuk bertaubat masih terbuka luas
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Sedih dan Gembira di Hujung Ramadhan"
Post a Comment