Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bahagia!
Ya, semua orang mahukan kebahagiaan. Kenapa mahu bahagia?
Sebabnya, bahagia adalah suatu keadaan atau suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.
Namun begitu, adakah semua orang dapat merasa kebahagiaan?
|
Zikir |
Wallahualam. Hanya diri kita sendiri yang boleh rasa adakah kita berada dalam keadaan bahagia atau tidak.
Bahagia juga merupakan rezeki dan nikmat yang besar oleh Allah SWT.
Dia yang berhak memerikan kita rasa bahagia. Jadi, kalau kita mahukan kebahagiaan maka mintaklah dengan Allah SWT.
Dan sebab itu juga Allah SWT hantarkan utusannya iaitu Rasulullah SAW untuk memberi panduan untuk kita bagaimana untuk rasa bahagia.
Rasulullah SAW telah pun tiada di dunia ini, tetapi dia sudah tinggalkan caranya.
Tugas kita sekarang adalah cari, belajar dan amalkan dalam kehidupan kita.
10 Cara Meraih Rezeki Kebahagiaan
Di sini terdapat 10 perkara yang sangat bagus di amalkan dan insya Allah akan mengundang kebahagiaan menurut Dr. Aidh' Bin Abdullah Al-Qarni. Perkara tersebut ialah:
- Bangun menjelang fajar menyingsing untuk beristighfar
- Menyendiri untuk bertakafur
- Menjalinkan hubungan dengan orang soleh
- Berzikir
- Bersembahyang sunat rakaat dengan kusyuk
- Membaca Al-Quran dengan penuh penghayatan
- Berpuasa pada hari yang sangat panas
- Bersedekah dengan sembunyi-sembunyi
- Berlaku zuhud terhadap sesuatu yang sifatnya fana
- Meringankan beban seorang yang muslim
Semoga kita sama-sama mampu beramal dengan amalan yang dihidangkan kepada kita semua.
Jika anda mahu mendapatkan panduan meraih rezeki klik sini
Formula Rezeki Banyak dan Berkat
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "10 Cara Meraih Rezeki Kebahagiaan"
Post a Comment