Sesungguhnya nikmat-nikmat kurniaan Allah SWT itu terlalu banyak dan tidak terhitung. Namun Imam Ghazali membahagikan nikmat atau bahagia kepada 5 bahagian.
1. Bahagia Akhirat
a. Kebahagiaan yang sempurna adalah di akhirat apabila masuk ke dalam syurga. Tiada dukacita melainkan suka-suka sahaja. Tiada kaya-raya dan tiada miskin papa kedana di sana. Namun tidak ada yang layak mencapai nikmat kebahagiaan ini dengan izin Allah SWT. Untuk mencapai nikmat ini perlu melalui tangga dan tangga itu terdapat dalam bahagia yang ke dua.
2. Keutamaan Akal Budi
a. Keutamaan akal budi terbahagi kepada 4 bahagian:
i. Sempurna akal. Sempurna akal adalah ilmu
ii. Iffah (dapat menjaga diri). Sempurna iffah adalah tidak mempedulikan pujukan manis dunia
iii. Sempurna syaja’ah ialah jihad
iv. Keadilan. Sempurna adil adalah dengan insaf
b. Dengan sempurna ke empat-empat keutamaan akal budi timbul perasaan wajib mengerjakan agama. Bahagian ini belum sempurna tangganya. Mesti melalui tangga bahagia yang ke tiga.
3. Keutamaan Yang Ada Pada Tubuh
a. Keutumaan tubuh juga ada 4 bahagian iaitu:
i. Sihat
ii. Kuat
iii. Indah dan gagah (lelaki) dan cantik (perempuan)
iv. Umur panjang
b. Kesempurnaan tangga ini perlu dilalui tangga yang ke empat terlebih dahulu.
4. Keutamaan Yang Ada Di Luar Badan
a. Keupayaan yang ke empat ini mengandungi empat kecukupan iaitu:
i. Kaya dengan harta benda
ii. Kaya dengan keluarga, anak, isteri dan kaum kerabat
iii. Terpandang dan terhormat
iv. Mulia keturunan
b. Maka tidak pula sempurna bahagia yang ke 4 ini, kalau tidak melalui bahagian yang ke 5.
5. Keutamaan Yang Datang Lantaran Taufik Dan Pimpinan Allah Swt
a. Keutamaan ini mengandungi 4 kategori iaitu:
i. Hidayah Allah SWT (petunjuk)
ii. Irsyad Allah SWT (pimpinan)
iii. Tasdid Allah SWT (sokongan)
iv. Ta’jid Allah SWT (bantuan)
Sumber:Prof. Dr Hamka(2001)Tasawuf Moden. Kuala Lumpur: Darul Nu’man
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Pembahagian Bahagia Oleh Imam Ghazali (Keterangan)"
Post a Comment