Assalamualaikum dan salam sejahtera
1. Menghambur-hamburkan harta
a. Berbelanja melebihi pendapatan yang diperolehi. Kesannya, orang tersebut terpaksa mencari sumber yang lain untuk menampung perbelanjaan harian walaupun terpaksa mengambil sumber yang tidak halal.
2. Boros
a. Berpunca daripada tidak pandai mengatur urusan keperluan harian kerana lemah fikiran.
3. Membuang masa
a. Tidak pandai menguruskan masa dan asyik mengikut nafsunya yang tidak mahu mengikut peraturan. Ketahuilah bahawa umur manusia itu sangat pendek. Sebaliknya, kalau pandai mengatur masanya umur kita seolah-olah panjang.
4. Kurang didikan agama
a. Tidak mendapat didikan agama sejak kecil. Ibu bapanya kurang ilmu agama. Kebanyakkan isi rumah dipenuhi dengan kebendaan. Natijahnya, anak-anak akan turut dipengaruhi kebendaan bukannya agama.
5. Kurang interaksi antara Ibu Bapa dan Guru
a. Pendidikan institusi tidak mendapat kerjasa dengan ibu bapa kerana perhatian tidak diberikan kepada anak-anak.
6. Kekurangan Bahan Bacaan
a. Buku-buku bacaan yang teratur susunannya kurang diterbitkan untuk memudahkan orang membacanya.
7. Kurang Bacaan Bercorak Agama
a. Kegelapan agama dalam keluarga bertambah rumit dengan kurangnya bahan bacaan bercorak keagamaan. Institusi pula memberi penekanan yang sangat rendah terhadap matapelajaran agama.
8. Pembahagiaan Kerja Tidak Mengikut Kemahiran
a. Kebanyakkan orang mengejar kebendaan. Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke institusi pengajian tinggi supaya anak mereka dapat bekerja dengan pangkat yang tinggi tanpa menghiraukan kecenderungan anak tersebut. Orang-orang kampong berduyun ke Bandar untuk mencari pekerjaan sehingga tiada orang yang mengerjakan pertanian.
Sumber:
Prof. Dr Hamka(2001)Tasawuf Moden. Kuala Lumpur: Darul Nu’man
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Sebab Orang Celaka (Keterangan)"
Post a Comment