Assalamualaikum dan salam sejahtera...
"setiap yang hidup pasti akan menemui kematian". Itulah janji Allah SWT kepada makhlukNYA. Memang tidak boleh dihalang atau diragukan lagi. Kita semua akan menemuinya. Tapi persoalan yang harus kita jawab sebelum sampai waktunya ialah apa persediaan kita untuk berdepan dengannya(kematian)?
Kematian adalah titik perpindahan seseorang dari satu alam ke alam yang lain. Seperti mana kehidupan kita di dunia ini yang sering kali melalui proses perpindahan setiap hari. Kalau kita hendak berpindah ke tempat yang jauh, sudah tentu kita akan membuat persediaan seperti bekalan makanan, pakaian dan sekurang-kurangnya duit ringgit.
Begitu juga dengan perpindahan ke alam yang lagi satu selepas mati memerlukan bekalan. Sekiranya, bekalan yang kita bawa baik, maka bermanfaat lah kita di sana nanti tetapi jika bekalan yang kita bawa hanya membebankan kita sahaja maka buruklah akibatnya nanti.
Apakah bekalan yang baik? Persoalan ini akan terjawab dengan menuntut ilmu. Sebab itu Allah SWT turunkan ayat pertama dalam al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW ialah tentang ilmu. Ilmulah yang akan memberi panduan kepada kita untuk hidup di dunia ini demi mencari bekalan untuk akhirat nanti. Wallahualam...
Kematian yang kita cari ialah husnul khatimah...
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Tiada Siapa Yang Dapat Menghalang"
Post a Comment