Kesabaran mempunyai nilai yang sangat tinggi. Orang yang pernah bersabar sahaja akan dapat merasai nikmatnya.
Sedikit kisah saya.Saya mula bekerja di Politeknik Ungku Omar sejak 23/3/2009 dan hampir dua tahun berualang alik dari Ipoh ke Pulau Pinang pada hujung minggu kerana berjauhan dengan isteri. Syukur Alhamdulillah... minggu ini saya telah ditukarkan ke Politeknik Seberang Perai. Kini saya dan isteri boleh bersama setiap hari.
Dahulu, sanak saudara dan rakan-rakan sering bertanya, "bila hang nak duduk sekali dengan isteri hang?". Saya hanya mampu tersenyum dan menjawab "InsyaAllah akan sampai masanya".
Memang tepat janji Allah SWT kepada makhluknya, sampai masa dan ketikanya apa yang kita mohon kepada Allah SWT pasti dikabulkan Nya.
Bukanlah saya ingin mengatakan diri saya mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, tetapi kisah saya menggambarkan betapa besarnya kekuasaan Allah SWT.
Ya Allah..janjiMu Engkau tunaikan.
Ya Allah..doa kami Engkau kabulkan.
Ya Allah..urusan kami Engkau mudahkan.
Ampunkan dosa kami..
Jadikan kami hambaMu yang bersyukur..
Jadikan kami hambaMu yang bersabar...
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Janji Allah SWT"
Post a Comment