Hari ini 16 Februari 2011, saya mula mendaftarkan diri di Politeknik Seberang Perai (PSP). Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan Ar Rahman dan Ar RahimNya dapat saya berpindah ke tempat kerja baru. Mungkin berkat doa yang dipanjatkan dan usaha oleh semua ahli keluarga, Allah SWT kabulkan permintaan kami.
Saya diuji dengan sejenis penyakit yang diberi nama oleh doktor hospital iaitu 'nephrotic syndrome'. Penyakit ini disahkan oleh doktor hospital ipoh pada 28/3/2009 dan sehingga kini saya masih mengalami simptom penyakit ini.
Apa yang saya alami ini sememangnya ada hikmat yang sangat besar dan hanya Allah SWT yang maha mengetahui. Namun, apa yang saya rasakan hikmat bermakna buat saya ialah perpindahan tempat kerja saya yang baru ini membuatkan saya dapat bersama dengan keluarga dengan lebih rapat di mana isteri saya juga bekerja di kawasan berdekatan dengan PSP. Tambahan pula rumah sewa saya dan isteri berada pada kedudukan yang strategik antara kampung saya dan isteri.
Walaupun saya masih lagi mengidap penyakit ini, saya berdoa semoga perpindahan ke tempat baru ini dapat menjadi ubat yang mampu merawat penyakit saya disamping saya dan keluarga masih berusaha mencari penawar penyakit saya ini. Di sebalik apa yang saya alami ini saya rasakan betapa besarnya kekuasaan Allah SWT kerana memberi nikmat yang sangat berharga buat saya.
Syukur Alhamdulillah. Wallahualam.
Artikel berkaitan yang lainnya:
syukur Alhamdulillah..
ReplyDeletedengar lagu ni:
copy and paste url..
http://saljuhumairah.blogspot.com/2011/02/tiada-duka-yang-abadi-opick.html
syukran
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteBro, alhamdulillah. semoga semuanya berjalan lancar.
selamat bertugas di tempat baru ,PSP :)