Orang yang paling berhak mendapat tambahan nikmat adalah yang paling bersyukur. Sedangkan yang paling patut dicintai adalah yang paling dermawan, tidak pernah menyakiti orang lain, dan apabila bertemu selalu memperlihatkan wajah yang jernih.
Allah SWT menjanjikan nikmat kepada orang yang sentiasa bersyukur. Manusia yang mulia adalah mereka yang sangat suka menderma kerana orang yang dermawan mempunyai ciri-ciri kebaikan yang banyak seperti tidak menyakiti orang lain dan mempamerkan wajah yang jernih apabila bertemu dengan orang lain. Orang yang sebegini sangat disenangi oleh orang lain dan sepatutnya kita menyanyangi mereka kerana mereka membawa bersama rahmat Allah SWT.
Belum ada komen untuk "Mutiara Kata Al-Qarni 100"
Post a Comment