Anak lebih berhaga dari harta. Akhlak yang mulia lebih bernilai dari pangkat/jawatan. Kemahuan yang keras lebih penting daripada pengalaman. Ketakwaan lebih tinggi kedudukannya dari kehormatan.
Bersyukurlah kepada mereka yang mempunyai anak kerana anak merupakan rezeki kurniaan Allah SWT yang sangat tinggi nilainya berbanding harta. Cuba kita renung, berapa ramai orang yang mempunyai kekayaan harta benda tetapi tidak mempunyai anak daripada zuriat sendiri?
Akhlak mulia lahir dari hati yang bersih. Peribadi yang mempunyai akhlak mulia lebih tinggi berbanding pangkat atau jawatan. Ini kerana keharmonian masyarakat akan terhasil dengan wujudnya ahli-ahli masyarakat yang berakhlak mulia. Ramai orang yang berjawatan yang bersikap sombong, bongkak, riak, kedekut dan sebagainya. Namun, orang yang berjawatan tinggi dengan peribadinya yang mulia merupakan bonus yang tidak ternilai harganya. Antara faktor kejayaan umat Islam terdahulu kerana ramainya orang-orang yang berpangkat tinggi berakhlak mulia.
Untuk mencapai kejayaan terhadap apa yang dicita-citakan kita perlu mempunyai azam yang kuat ditambah dengan kemahuan yang tinggi. Walaupun pengalaman merupakan faktor penting untuk mencapai kejayaan tidak bermakna orang yang tidak ada pengalaman tidak boleh berjaya. Oleh itu bina keinginan yang betul (tidak bercanggah dengan syara') terhadap sesuatu yang ingin dikecapai dan teruskan doa beserta usaha yang gigih.
Perbandingan antara takwa dan kehormatan sudah tentu di menangi oleh ketakwaan dari segi kedudukannya. Ini kerana kehormatan hanya mendapat penghormatan oleh manusia sahaja. Namun, ketakwaan mendapat pengiktirafan Raja segala raja iaitu Allah SWT.
Maka target yang mesti dicapai oleh kita sebelum mengadap Allah SWT ialah ketakwaan.
Belum ada komen untuk "Mutiara Kata Al-Qarni 103"
Post a Comment