Jangan terlalu bercita-cita untuk melakukan seluruh yang didengar. Jangan terlalu mengharap kepada setiap kawan. Jangan membocorkan rahsia kepada perempuan. Jangan mengerjakan seluruh keinginan.
Belum tentu segala yang kita dengar akan mampu untuk dilakukan kerana kita manusia yang lemah. Jika kita terlalu bercita-cita untuk melakukan segala-gala yang didengar mungkin tiada satu pun yang mampu kita buat. Tetapi kita hanya sekadar bercita-cita sahaja. Pilihlah apa yang kita dengar yang mampu kita buat dan usahakan langkah demi langkah mudah-mudahan dengan keizinan Allah SWT kita boleh buat.
Kawan kita merupakan manusia yang sama taraf dengan kita dan dia juga memerlukan pertolongan. Oleh itu, kita jangan terlalu mengharap kepada kawan yang belum tentu terjamin akan apa yang kita harapkan. Sebaliknya mohonlah pertolongan daripada Allah SWT. Sudah pasti hajat kita Allah SWT boleh sempurnakan.
Apa yang kita inginkan belum tentu hak kita. Apa yang kita inginkan tidak semestinya baik untuk kita. Apa yang kita inginkan belum tentu mendapat keizinan Allah SWT. Justeru, pilihlah keinginan yang sesuai dengan kita melalui petunjuk Allah SWT.
Perempuan merupakan kejadian Allah SWT di atas muka bumi ini yang mempunyai banyak keistimewaan. Keistimewaan yang Allah SWT kurniakan itu mesti di syukuri sepenuhnya. Mungkin kuniaan Allah SWT kepada mereka itu dirasakan sebagai kekurangan, tetapi janganlah disalahkan kepada mereka kerana setiap kejadian Allah SWT tiada yang sia-sia. Kita yang perlu urus dan cari hikmah yang tersembunyi di sebalik kejadiaan Allah SWT itu.
Belum ada komen untuk "Mutiara Kata Al-Qarni 104"
Post a Comment