Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Apabila berdepan dengan orang yang sedang marah hingga dia mengeluarkan kata-kata yang tidak difahami, maka jangan ambil hati dan jangan sekali-kali memberi hukuman. Ketika itu dia tidak waras dan tidak tahu apa yang sedang berlaku. Sebenarnya dia dalam keadaan tewas dengan syaitan, emosinya sedang tidak terkawal dan fikirannya sedang terkongkong.
Jika membalas kemarahan orang itu dengan cara yang sama, bererti orang yang waras sedang melawan orang yang tidak waras, orang yang sedar mengherdik orang yang mabuk dan orang ini dikira berdosa.
Oleh itu, jalan penyelesaiannya ialah dengan tataplah dengan pandangan yang penuh kasih, fahamilah bahawa orang itu sedang dalam keadaan marah dan usahalah untuk memahaminya. Biarlah dia marah sehingga dia berhenti dengan sendirinya dan jangan bertindak balas.Nanti, apabila orang itu dalam keadaan sedar, maka dia akan menyesal dan dia akan meminta maaf serta mengakui bahawa betapa besarnya manfaat bersabar.
Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Berdepan Kemarahan Orang"
Post a Comment