Islam sangat menggalakkan umatnya melakukan akikah terhadap anak yang beru lahir. Perkara ini dikuatkan oleh hadith-hadith Nabi SAW.
Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Bersama bayi itu akikahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan (iaitu kotoran dan najis).”
Riwayat Salman bin Amir daripada Imam Bukhari
Hadith lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Samrah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Bayi itu tergadai (tergantung oleh akikahnnya, sembelihkan ia pada hari ketujuh, hari itu berikan nama dan dicukurkan kepalanya.”
Banyak hikmah melakukan akikah. Antaranya:
1. Melahirkan rasa gembira atas kelahiran satu jiwa muslim baru sujud menyembah Allah SWT di dunia.
2. Mendekatkan diri anak itu kepada Allah SWT atas akikah yang dilakukan.
3. Mengukuhkan tali persaudaraan sesama muslim apabila majlis akikah tersebut dihadiri oleh kaum keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga.
4. Sebagai tebusan anak tersebut dapat member syafaat kepada ibu bapanya.
5. Menunjukkan tanda syukur kepada Allah SWT atas kurniaanNya.
6. Menjauhkan anak tersebut daripada segala bencana dan bahaya.
Sumber:
Kitab:Indahnya Hidup Bersyariat
Belum ada komen untuk "Tuntutan Berakikah"
Post a Comment