Allah SWT berfirman tentang dua kalimah syahadah dalam al-Quran, surah Al-Fath, ayat: 26 yang bermaksud:
"Serta meminta mereka tetap berpegang kepada kalimah takwa sedang mereka (di sisi Allah SWT) adalah orang yang sangat berhak dengan kalimah takwa itu serta menjadi ahlinya."
Kalimah Takwa di sini bermaksud syahadatain, tanpanya tidaklah dikatakan takwa dan tidak diterima amalannya. Dalam tafsir Pimpinan Al-Rahman, kalimah takwa bermaksud:
"tiap-tiap kalimah yang memelihara dan menyelamatkan seseorang daripada perkara yang mendatangkan mudharat kepadanya di dunia dan di akhirat".
Hukum mengetahui makna syahadatain adalah wajib. Sepertimana firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuan dan keyakinan bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT."
Mengetahui bererti mengenali pengertian. Makna syahadatain itu ialah:
Syahadah tiada Tuhan melainkan Allah SWT. Secara ringkasnya ialah " sesungguhnya saya mengaku dengan lidah dan membenarkan dengan hati bahawa yang disembah (diabdikan) sebenarnya Allah SWT, Tuhan yang Maha Esa. Tiada satupun di amalm jagat yang layat diibadati manusia, yang patut disujud dengan taat dan pengabdian melainkan Allah SWT. Bagi alam jagat ini tiada pemilik, tiada pengatur, melainkan Dia sebenarnya. Tiap-tiap sesuatu behajat kepadaNYA dan terpaksa meminta pertolongan kepadaNYA. DIA tidak dapat dijangkau oleh pancaindera. Akal manusia lemah untuk memahami zatNYA." Kita mestilah berkeyakinan bahawa alam semesta ini memiliki Tuhan,yang menciptakanya dari tiada kepada ada. DIAlah yang menguasai dan mengatur dengan hukum dan sunnahNYA. Maka kita kenalah yakin dengan keyakinan yang mantap, bahawa penciptanya adalah Maha Esa, tiada sekutu bagiNYA, juga kita mesti yakin bahawa kita termasuk di antara sekian banyak makhlukNYA.
Nabi Muhammad SAW adalah RasulNYA. Secara ringkasnya ialah "sesungguhnya saya mengaku dengan lidah dan tunduk patuh dengan hati bahawa Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah SWT dan diutuskan oleh Allah SWT untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya , iaitu daripada kejahilan kepada mengetahui dan daripada kekafiran kepada Islam." Kita mestilah berkeyakinan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah SWT. Baginda diutuskan untuk menyampaikan petunjuk syariat dan keterangan tentang hal-hal yang halal yang disukai oleh Allah SWT dan yang haram yang tidak diredhaiNYA. Kita juga mestilah yakin bahawa ajaran Nabi Muhammad SAW merupakan jalan hidup yang menyatu dan sempurna. Dengan kepatuhan kita kepadanya bermakna ketaatan kepada Allah SWT adalah benar.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Definisi Syahadatain"
Post a Comment