Firman Allah SWT dalam surah Al-Fath ayat 26 yang bermaksud:
"Serta meminta mereka tetap berpegang kepada kalimah taqwa sedang mereka di sisi Allah SWT orang yang sangat berhak dengan kalimah takwa itu dan serta menjadi ahlinya."
Kalimah taqwa di sini bermaksud syahadatain, tanpanya tidak lah dikatakan taqwa dan tidak diterima amalannya. Kalimah taqwa ialah tiap-tiap kalimah yang memelihara dan menyelamatkan seseorang daripada perkara yang mendatangkan mudharat kepadanya di dunia dan di akhirat dan semulia-mulia kalimah itu ialah kalimah syahadah.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 27 yang bermaksud:
"Hanyasanya Allah SWT menerima amalan orang yang bertaqwa."
Kedua-dua kalimah syahadah itu tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain, di mana(tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT) disempurnakan dengan syahadah(Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah SWT).
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Memahami Dua Kalimah Syahadah"
Post a Comment