Dua Kalimah Syahadah adalah suatu ucapan yang berlangsung dalam bentuk yang bebas dan merdeka, tiada berlaku sebarang paksaan yang boleh didakwa oleh setiap individu muslim itu sendiri. Berlakunya pengakuan tersebut adalah terbit daripada hati sanubari yang bersih dari sebarang bentuk paksaan. Maka, mengakuilah kita bahawa Islam adalah pegangan hidup yang selamat sejahtera. Pengakuan dua kalimah syahadah adalah membuktikan perjalanan diri kita kepada Allah SWT. Ertinya, kita telah menyerah diri kita ini hanya kepada Allah SWT tidak pada yang lain. Pengakuan sumpah setia dengan menyerah diri dan harta benda kepada Allah SWT adalah suatu ujian untuk melihat keteguhan manusia, apakah benar-benar mempunyai keyakinan yang kuat dan teguh terhadap suatu kehidupan yang kekal abadi di akhirat.
Roh dua kalimah syahadah mestilah di semai dan dibaja dengan amal soleh kerana disitulah terletak kekuatan orang-orang beriman malahan itulah matlamat hidup manusia yang sebenar iaitu mencapai taraf hidup yang tinggi di sisi Allah SWT.
Ustaz Ismail Bin Haji Syafie Al-Bakabi(2002).Hakikat Dua Kalimat Syahadat.Pulau Pinang: Pustaka Bakabi
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Mukaddimah Tauhid"
Post a Comment