1. Dukacita memikirkan yang telah lalu
a. Manusia yang memikirkan kekayaan dan keuntungan yang telah hilang sangat merugikan dirinya sendiri. Ini kerana segala kejadian yang telah lalu walaubagaimana meratapinya, tidak akan kembali sama sekali. Sedangkan masa seminit yang lepas, jika dikejar dengan jet pejuang sekalipun tidak akan kesampaian. Meratapi perkara lepas yang tidak akan kembali akan merosakkan badan.
b. Kedukaan ini muncul kerana tidak meyakini bahawa segala isi alam ini asalnya tidak ada, kemudian ada dan akhirnya lenyap melainkan Allah SWT yang kekal selama-lamanya.
2. Dukacita memikirkan yang sekaranga. Orang yang berduka perkara yang sekarang mungkin kerana nikmat yang dikecapi oleh orang lain tetapi tidak dimiliki oleh dirinya atau hidupnya yang melarat atau cita-citanya yang tidak kesampaian atau dia kekurangan harta atau kurang kemuliaan. Dalam erti kata yang lain dia tidak duduk sama rendah dengan orang lain, tegak sama tinggi dengan orang lain.
b. Kedukaan ini wujud lantaran tidak mengetahui rahsia kehidupan dan dunia. Dunia ini penuh dengan penipuan. Kadang-kadang dunia ini menyebabkan kita tersenyum dan kadang-kadang dia buat kita menangis.
3. Dukacita memikirkan yang akan datang
a. Orang yang berduka tentang masa depan berada dalam dua kejadian iaitu dia fikirkan:
i. kejadian yang pasti datang
1. Contohnya kematian dan ketuaan
ii. yang mungkin datang.
1. Dia mula menyelidiki apa yang harus dilakukan
b. Munculnya kedukaan ini kerana jahil dan hatinya terlalu melekat kepada dunia dan sombong di sebabkan nikmat dunia.
Sumber:
Prof. Dr Hamka(2001)Tasawuf Moden. Kuala Lumpur: Darul Nu’man
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Jenis-Jenis Dukacita (Keterangan)"
Post a Comment