Sebuah kerata BMW berwarna hitam memasuki perkarangan masjid di sebuah taman. Kereta tersebut berhenti di petak parkir yang di sediakan oleh pihak masjid. Seorang lelaki berusia dalam lingkungan empat puluh tahun keluar daripada kereta mewahnya dan berjalan agak laju menuju ke masjid. Wajahnya kelihatan tenang. Dia memakai kemeja berlengan pendek, bekupiah putih dan berselipar biru.
Pada ketika itu, imam masjid tersebut lebih dahulu sampai tetapi dia belum memasuki masjid. Dari jauh dia memandang ke arah lelaki yang keluar dari kereta mewah itu.
Lima minit lagi azan akan berkumandang menandakan masuknya waktu asar. Jemaah masjid semakin memenuhi ruang solat masjid. Ada juga yang baru sampai dan ada yang sedang mengambil wuduk.
Sebaik sahaja selesai solat asar, lelaki berkereta mewah tadi bangun dan berjalan menuju ke arah tiang ke dua dari belakang masjid. Di situ ada disediakan sebuah tabung bagi mereka yang ingin berhajat untuk memberi sumbangan. Dia kemudiannya memasukkan beberapa keping wang kertas bernilai RM 20.
Selepas itu, dia pun berjalan ke arah pintu masjid untuk pergi ke parkir kereta. Tatkala sampai di rak kasut, seorang imam masjid tersebut menegur lelaki tersebut.
"Assalamualaikum warahamatullah." sapa imam.
"Walaikummussalam warahmatullah." jawab lelaki itu.
"Encik ini dari dari mana? Rasanya kita belum pernah bersua sebelum ini? tanya iman.
"Ya, saya dari Kuala Lumpur. Saya datang ke sini kerana ada kerja yang hendak dilakukan." ujar lelaki itu.
"Siapa nama Encik? Encik kelihat seperti orang berada."tanya imam lagi.
"Nama saya Usman. Tidak adalah imam." jawab Usman dengan ceria.
"Saya kurang percaya Encik orang biasa. Melihat kepada kereta yang Encik gunakan, hanya orang tertentu yang layak untuk membelinya. Maafkan saya kerana sibuk bertanya hal peribadi Encik." imam berasa serba salah.
"Saya orang biasa sahaja. Cuma rezeki saya lebih sedikit dari orang lain. Itu pun saya rasa Allah berikan kepada saya menerusi ayah saya." Usman membuka sedikit cerita.
"Marilah imam kita ke gerai tepi masjid itu, saya belanja imam minum." Usman mengajak imam minum pula.
"Tidak mengganggu masa Encik Usman ke?" sambung imam.
"Tidak adalah, kerja saya untuk hari sudah selesai." balas Usman.
Mereka pun duduk digerai tersebut sambil berbual-bual dan menjamah pisang goreng yang dihantar oleh penjual.
"Boleh saya tahu, tadi Encik Usman menyebut tentang ayah Encik. Adakah dia seorang Datuk?" tanya imam.
"Bukanlah. Dia orang biasa sahaja. Apa yang saya miliki sekarang bukannya harta warisan ayah saya." Usman memberi jawapan. Dia tidak segan untuk bercerita tentang hal peribadinya kepada imam.
"Sebelum ini saya pernah mengalami ujian yang amat berat. Saya lakukan pelbagai pekerjaan. Saya pernah memiliki sebuah perniagaan, tetapi perniagaan saya bankrap. Saya pernah membeli sebuah kereta. Baru sahaja pakai sebulan, kereta saya dicuri orang. Rumah yang saya miliki terpaksa saya jual untuk menampung hutang yang banyak."
"Sehinggakan pada suatu ketika, duit yang saya simpan bersama isteri di dalam bank tinggal RM20000 dan pada ketika itu saya hampir-hampir diisytihar muflis. Tiba-tiba emak saya hubungi memberi tahu bahawa ayah saya perlu dibedah kerana serangan jantung. Kos pembedahan adalah RM10000."
"Apabila saya mendengar berita tersebut, saya tidak berfikir panjang kerana saya terlalu sayangkan ayah saya. Maka saya minta isteri saya keluarkan semua wang saya untuk diberikan kepada ayah saya."
"Isteri saya cuba menghalang dan dia sanggup meminjamkan wangnya kepada saya. Saya katakan ayah biarlah saya yang tanggung."
"Alhamdulillah umur ayah saya masih panjang. Pembedahan dapat dilakukan dengan lancar."
"Sehari selepas pembedahan ayah, saya mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa projek saya bernilai 20 juta ringgit telah diluluskan."
"Bergenang air mata saya."
"Sehingga kini, rezeki saya sentiasa bertambah. Saya rasa Allah tunjukkan kehebatan sedekah."
Fikirkan
Betapa besarnya kuasa Ilahi.Orang yang bersyukur dengan bersedekah pasti mendapat ganjaran yang tinggi.
Belum ada komen untuk "Rahsia Usahawan Berjaya"
Post a Comment