Rendah diri satu sifat mulia. Tetapi ia perlu bertempat.
Rendah diri yang dituntut adalah rendah diri kepada Allah SWT.
Rendah diri yang dilarang adalah rendah diri yang menghilangkan keyakinan diri.
Bila hilang keyakinan diri susah nak mencari dan menarik rezeki.
5 Cara Mengatasi Rendah Diri Menarik Rezeki |
Cara Mengatasi Rendah Diri Menarik Rezeki
Hari ini saya kongsikan dengan anda Cara Mengatasi Rendah Diri Menarik Rezeki.
Beberapa soalan yang diajukan kepada Dato Dr Fadhilah Kamsah tentang rendah diri.
Jom kita lihat, apa jawapan beliau tentang Cara Mengatasi Rendah Diri Menarik Rezeki.
#1 Saya buat kelainan dalam diri tapi kawan-kawan selalu kutuk, saya rasa rendah diri?
Untuk melakukan kelainan perlu didik kawan dengan menerangkan kepada kawan kenapa anda melakukan sebegitu, jelaskan apa baik apa buruk.
Apabila kawan tahu dia tidak kutuk lagi. Dia kutuk sebab dia tidak faham.
#2 Masyarakat tidak menghargai saya, saya rasa rendah diri?
Tunjukkan kehebatankita (bukan berlagak) dan istiqamah.
Kita kena berusaha supaya orang hormat kita. Jangan harap orang hormat tanpa usaha
#3 Saya rasa malu untuk berborak-borak dan bergaul dengan rakan-rakan (kecuali kawan rapat)?
Jadikan diri kita sebagai kawan, pergi ke masjid, bercampur dengan jemaah, bersalam-salaman selepas solat, cuba tampil untuk azan dan sebagainya.
Apabila sudah campur orang lama-lama akan hilang rasa malu, tidak tertekan atau rendah diri. InsyaAllah.
Baca doa supaya datang yakin diri. Salah satu doa ialah doa pembuka 12 pintu kebaikan. Lakukan step by step.
#4 Saya seorang ibu tunggal dan ada masalah bergaul dan rasa rendah diri?
Fenomena ibu tunggal agak ramai dalam masyarakat tetapi masyarakat pandang terancam apabila ibu tunggal rapat dengan diri mereka(perempuan lain) dan suami mereka.
Tidak perlu rasa rendah diri kerana kebanyakkan masyarakat memandang baik tetapi ibu tunggal sendiri yang berperasaan orang memandang rendah kepada mereka.
Jangan risau dan kita bersangka baik.
Cara untuk menghilangkan rasa rendah diri dengan rakan-rakan ialah doakan ahli masyarakat, maafkan mereka, bantu mereka, ceriakan mereka dan ikhlas dengan mereka.
InsyaAllah mereka akan bertambah yakin dengan kita dan pandang positif kepada kita. Lakukan step by step.
#5 Saya rasa rendah diri untuk mendekati wanita?
Malu pada perempuan itu ok . Saya yakin anda lebih malu dengan perempuan Melayu berbanding perempuan India atau Cina sebab kajian mendapati antara sesama bangsa ada perasaan minat, ada kemungkinan untuk jatuh cinta dan berumah tangga.
Kita sendiri tidak terfikir untuk minat atau tertarik dengan orang yang lain bangsa maka kita lebih yakin. Rasa malu dan rendah diri dengan wanita itu normal.
Sifat pemalu, orang tidak nampak, orang tidak perasan tapi diri sendiri yang perasan, tapi jangan sebut kepada orang anda seorang pemalu.
Tunjukkan kehebatan diri satu-persatu lama-kelamaan anda akan dapat keyakinan, buat sesuatu yang baik, yang positif kerana setiap tindakkan positif kita akan lebih yakin dan belajar cara menambat hati wanita seperti berbuat baik, ikhlas, ambil kisah, ambil berat, berikan hadiah dan apabila kita pandai berhubung atau berhubung dengan kita orang perempuan mudah sayang dekat kita.
Orang perempuan mudah tertarik dengan orang lelaki yang banyak mengambil berat dan memberi bantuan apabila diperlukan.
Prof Muhaya pernah berkata, orang yang tidak yakin pada diri sendiri maksudnya dia tidak yakin adanya Ilahi.
Oleh itu, kita perlu usaha hilangkan perasaan rendah diri kalau mahu menarik rezeki.
Semoga tip-tip ini bermanfaat untuk kita semua. Bila hilang rendah diri, insyAllah mudah menarik rezeki.
Jangan lupa dapatkan 111 Formula Tarik Rezeki Melimpah Ruah
No comments:
Post a Comment