Apa khabar semua?
rezeki emas |
Harapnya, semua sihat wal'afiat di samping keluarga tercinta.
Baiklah, untuk artikel hari ini saya ingin kongsikan Amalan Murah Rezeki Yang Mesti Kita Buat.
Sebelum itu, wajib kita iktikad bahawa segala rezeki telah ditetapkan Allah SWT.
Namun, Allah SWT tidak membiarkan kita terkontang-kanting dalam menjalani kehidupan ini tanpa ada panduan.
Bahkan, dalam mencari rezeki juga Allah SWT sudah tunjuk caranya.
Amalan Murah Rezeki Yang Mesti Kita Buat
1. Mohon ampun kepada Allah SWT dan bertaubat bersungguh-sungguh.
Menurut ulamak, kita wajib memohon ampun dan bertaubat setiap hari.
Sebabnya, kita insan yang lemah dan tidak terlepas dari melakukan dosa.
Sedangkan Rasulullah SAW yang maksum itu sendiri memohon ampun tidak kurang daripada 70 kali setiap hari.
Apatah lagi kita yang memang banyak dosa.
Allah SWT itu Maha Pengampun. Bila kita berusaha memohon ampun, mudah-mudahan hati kita jadi bersih dan mudahlah rezeki nak masuk.
2. Mohon maaf dan Doa Ibu Bapa.
Orang yang paling banyak jasa kepada kita adalah ibu bapa kita.
Memang jasa mereka tidak mampu kita balas melainkan Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya.
Oleh itu, kita wajib memohon maaf kepada mereka dan mohonlah agar ibu bapa kita mendoakan kita.
Mudah-mudahan Allah SWT memurahkan rezeki kita.
3. Mohon maaf sesama manusia.
Ulamak juga mengatakan, dosa sesama manusia tidak akan terlepas jika tidak diselesaikan dengan manusia itu sendiri.
Dosa sesama manusia juga boleh menjadi penghalang kita mendapat rezeki.
Oleh itu, kita wajib berusaha memohon maaf kepada seseorang itu, jika terjadi sesuatu masalah.
Biarpun dia tidak mahu memaafkan, kita mesti bersusaha memohon maaf. Selainnya kita serah kepada Allah SWT.
4. Banyakkan Bersedekah.
Rasulullah SAW pernah berpesan bahawa tidak akan miskin orang yang bersedekah.
Sebagai orang Islam kita wajib beriman kepada Rasulullah SAW. Kalau kita tidak percaya dengan kata-kata Rasulullah SAW bimbang terjejas iman kita.
Jadi, bersedekahlah!
Jangan bimbang tentang rezeki kita. InsyaAllah, asbab bersedekah, rezeki kita akan bertambah-tambah.
5. Solat Sunat Dhuha.
Solat Dhuha memang dianjurkan Rasulallah SAW untuk kita amalkan. Kelebihannya banyak!
Kalau anda selidiki amalan kebanyakkan orang Islam yang kaya raya, pasti anda akan dapati mereka tidak meninggalkan solat sunat Dhuha.
Ditambah pula, doa selepas solat sunat Dhuha yang cukup hebat.
Jangan percaya apa saya cakap tapi buat sahaja dan mohonlah keluasan rezeki dari Allah SWT.
6. Amal maaruf (baik) nahi mungkar(kejahatan)
Apa sahaja pekerjaan kita di atas dunia ini tidak akan terpisah dari baik dan buruk.
Jadi, kita wajib buat perkara yang baik, tinggal atau mencegah perkara yang dilarang.
Kewajipan yang telah ditetapkan kepada kita seperti solat 5 waktu yang dibuat enteng. Zakat jangan lupa.
Banyakkan berzikir dan tinggalkan maksiat.
7. Berdoa Bersungguh-sungguh.
Doa adalah alat penghubung kita dengan Allah SWT.
Kita adalah manusia yang harus dijadikan Allah SWT. Setiap gerak diam kita hanyalah dengan kehendak dan keizinan Allah SWT.
Oleh itu, kita mesti memohon doa dengan bersungguh-sungguh.
Berdoalah kepada Allah agar murahkan rezeki dan membukakan pintu rezeki seluas-luasnya.
Kesimpulan yang saya boleh buat adalah dengan mencari redha Allah SWT, rezeki akan datang melimpah-ruah.
Bukankah rezeki itu milik Allah SWT?
7 amalan di atas hanyalah tip ringkas untuk menjemput rezeki. Kalau anda mahu menarik rezeki melimpah-ruah, anda boleh baca --->>> 111 Formula Tarik Rezeki Melimpah Ruah.
Semoga berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment